- Lain-lain
Klinik Jelajah Kendalian Pasukan Perubatan China Teruskan Perkhidmatan di Mandalay
Pasukan Penyelamat Antarabangsa China yang yang dikerahkan pihak tentera terus menjalankan perkhidmatan perubatan di bandar Mandalay, Myanmar semalam.
Perkhidmatan diagnostik dan rawatan yang disediakan pasukan tersebut kepada mangsa tempatan yang terkesan dalam bencana gempa bumi merangkumi pemeriksaan pesakit, konsultasi perubatan, panduan pengambilan ubat, pengedaran ubat-ubatan dan kempen pembudayaanan kesihatan.
Menurut maklumat, klinik jelajah itu dikendalikan oleh lebih sepuluh orang pakar perubatan dari pasukan penyelamat, yang masing-masing bertugas dalam 14 bidang klinikal seperti internis, pembedahan, ginekologi dan pediatrik.
Sejak bertugas di Myanmar, para anggota klinik jelajah itu bukan sahaja aktif terlibat dalam misi pencarian dan penyelamatan di runtuhan, pemeriksaan bangunan serta klasifikasi kecederaan, malah berjaya menjalankan penyahjangkitan di kawasan perkhemahan dan kawasan operasi seluas kira-kira 120,000 meter persegi. Selain itu, mereka bekerjasama dengan Pasukan Penyelamat China, Pasukan Penyelamat Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Pasukan Penyelamat Sukarelawan Shenzhen untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan perubatan 24 jam di kawasan bencana.
Setakat ini, bilangan mangsa atau anggota penyelamat yang pernah menerima rawatan doktor China di kawasan bencana gempa bumi Myanmar telah mencecah lebih 500 orang.
- China Hantar Barang Bantuan Kecemasan Kumpulan Ke-2 ke Myanmar
- Pasukan China Selamatkan 9 Orang Mangsa Gempa Bumi Myanmar
- Pasukan Perubatan di Xinjiang Berjaya Rawat Pesakit Kanser dari Tajikistan
- China Serah Bantuan Bekalan Perubatan kepada Vanuatu
- Barang Bantuan Kemanusiaan China kepada Gaza Dihantar dari Jordan
- China Hantar Kumpulan Baharu Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza
- Kisah Inspirasi: Doktor China di Barisan Hadapan di Vanuatu
- China Serah 35 Tan Bekalan Bantuan Kecemasan Buat Vanuatu
- China Hantar Empat Pakar Bantu Pembangunan Semula Pasca Gempa Vanuatu
- China Serah Dua Kumpulan Lagi Bantuan Kemanusiaan kepada Gaza