China Kemuka Pelan, Percepat Pembinaan Kekuatan Dalam Pertanian

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 08 April 2025
China Kemuka Pelan, Percepat Pembinaan Kekuatan Dalam Pertanian
(Foto/Xinhua)

Agensi berita Xinhua hari ini melaporkan bahawa China telah mengemukakan rancangan untuk mempercepat pembinaan kekuatannya dalam bidang pertanian bagi tempoh 2024 hingga 2035.

Difahamkan, pelan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Majlis Negara itu menetapkan sasaran utama untuk mencapai kemajuan signifikan dalam pembinaan kekuatan pertaniannya menjelang 2027.

Menurut Xinhua, ia juga mempunyai visi terhadap kemajuan penting bagi pembinaan semula luar bandar, serta aras baharu dalam pemodenan pertanian dan kawasan luar bandar pada 2027.

Menjelang 2035 pula, pelan itu menjangkakan kemajuan kukuh dalam keseluruhan pembinaan semula luar bandar, pencapaian asas pemodenan pertanian, dan pewujudan standard kehidupan luar bandar yang moden.

Memetik pelan itu lagi, China juga menyasarkan untuk mewujudkan kekuatan pertaniannya secaran penuh menjelang separuh abad. Negara Tembok Besar itu ingin menjamin bekalan yang andal dan stabil, tidak bergantung kepada pihak lain dalam inovasi teknologi dan saintifik, membina infrastruktur yang mantap, serta membangunkan rantaian perindustrian yanb bersepadu baik dan cekap.

Antara lain yang dikemukakan dalam rancangan itu adalah membina kawasan desa yang indah, menambah baik kehidupan harian petani, memperbaik persaingan pertanian antarabangsa, mencapai integrasi antara bandar dan luar bandar secara sepenuhnya, serta memodekan pertnian dan kawasan luar bandar menjelang separuh abad.

Untuk mencapai kesemua sasaran tersebut, pelan itu telah menggariskan tugas-tugas utama seperti memastikan bekalan yang boleh diharap dan lebih stabil, serta mempromosi inovasi dalam peralatan, teknologi dan sains pertanian.

Lapor Xinhua lagi, pelan itu turut menuntut agar sistem pengoperasian perniagaan pertanian moden dapat ditambah baik, menggalakkan integrasi yang lebih baik buat petani kecil ke arah amalan pertanian moden, dan penambahbaikan terhadap keseluruhan rantai industri pertanian.

Pelan itu antara lainnya turut menyentuh tentang usaha memperdalam kerjasama antarabangsa dalam pertanian, mempromosi pembinaan desa yang indah dan harmoni supaya dapat menarik minat untuk didiami dan bekerja, serta menambah baik standard kehidupan luar bandar.

Tambahan lagi, pelan itu turut menekankan tentang usaha mempromosi pembangunan bandar-luar bandar yang berintegrasi, serta merapatkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Video

Berita Berkaitan