China Lancarkan Laluan Trak Lasak Hidrogen Rentas Wilayah Pertama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 15 April 2025
China Lancarkan Laluan Trak Lasak Hidrogen Rentas Wilayah Pertama
Foto sudut udara bertarikh 14 April 2025 ini memaparkan trak lasak yang dikuasakan hidrogen sedang menunggu untuk berlepas dari pelabuhan darat Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu di Chongqing, China. Laluan trak lasak hidrogen rentas wilayah pertama di China telah dilancarkan pada Isnin, sekali gus memperlihatkan pencapaian dari segi kemajuan pembangunan tenaga hidrogen di wilayah barat China. Laluan yang kini beroperasi untuk perkhidmatan kargo biasa itu adalah sepanjang 1,150 kilometer dari Perbandaran Chongqing di barat daya China ke Pelabuhan Qingzhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China, merentasi Provinsi Guizhou. (Xinhua/Tang Yi)

Perbadanan Petrokimia China, yang turut dikenali sebagai Sinopec Group, iaitu pemproses minyak terbesar di China telah melancarkan laluan trak lasak hidrogen rentas wilayah pertama di China, sekali gus memperlihatkan pencapaian dari segi kemajuan pembangunan tenaga hidrogen di wilayah barat China, lapor agensi berita Xinhua pada Isnin.

Menurut Xinhua, laluan yang kini beroperasi untuk perkhidmatan kargo biasa itu adalah sepanjang 1,150 kilometer dari Perbandaran Chongqing di barat daya China ke Pelabuhan Qingzhou di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China, merentasi Provinsi Guizhou.

Difahamkan, laluan tersebut menampilkan empat stesen pengisi hidrogen yang kesemuanya dibina oleh Sinopec, bagi memastikan jaringan bekalan hidrogen yang mencukupi di sepanjang jalan.

Lapor Xinhua, kesemua wilayah tersebut kaya dengan sumber hidrogen, dengan penggunaan teknologi pengeluaran hidrogen berskala besar seperti elektrolisis air dan penguraian ammonia.

Dengan pengeluaran hidrogen produk sampingan perindustrian tahunan melebihi 400,000 tan, kawasan tersebut secara kolektif boleh memenuhi permintaan bahan api bagi 360,000 kenderaan logistik berkuasa hidrogen.

Selain daripada pengangkutan, koridor itu berfungsi sebagai perhubungan industri. Ia dijangka mengendalikan 220,000 unit kargo setiap tahun dalam trafik dua hala.

Video

Berita Berkaitan