Anwar Puji Usaha Xi Martabatkan Warisan Budaya dalam Pentadbiran Negara

(CRI)Selasa 15 April 2025

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji usaha yang dilakukan Presiden China, Xi Jinping yang memartabatkan warisan dan budaya tradisional dalam pentadbiran negara.

Ketika sesi temu bual khas bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Astro Awani di Putrajaya pada Isnin, Datuk Seri Anwar kelihatan gembira apabila dimaklumkan bahawa Presiden Xi turut menggunakan beberapa pepatah Melayu dalam ucapan beliau.

“Dalam elemen atau ciri kemanusiaan yang dikaitkan oleh Presiden Xi sebagai peradaban, tentunya China berhubungan dengan kita dari zaman Kesultanan Melayu Melaka, Hikayat Hang Tuah, Puteri Hang Li Po, banyak kisah-kisah begitu,” kata beliau.

Anwar berkata dirinya juga sangat bernasib baik kerana tidak pernah melihat sentimen keangkuhan dalam segala aspek kepimpinan Xi.

Video

Berita Berkaitan