Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul

(CRI)Rabu 16 April 2025

Presiden China, Xi Jinping mengadakan lawatan di tiga negara rantau Asia Tenggara minggu ini.

Ketika menangani dampak yang dibawa langkah "tarif timbal balik" Amerika Syarikat (AS) terhadap sistem perdagangan global, kerajaan dan sektor korporat pelbagai negara aktif mencari kaedah-kaedah mitigasi.

Sebagai contoh, Kementerian Perdagangan China melancarkan dasar integrasi perdagangan domestik dan antarabangsa untuk membantu syarikat-syarikat yang berorientasikan perdagangan luar menerokai pasaran domestik.

Sementara itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam wawancara eksklusif dengan juruacara CGTN menyatakan bahawa langkah dan dasar dilaksanakan China sejak beberapa waktu lepas menunjukkan keberkesanan tertentu dalam menangani dampak potensial akibat langkah "tarif timbal balik" AS di peringkat global.

"Malaysia berharap dapat memperhalusi kerjasama dengan China yang dilihat sebagai rakan dagangan penting dan sumber pelaburan utama ketika menghadapi cabaran baharu dalam senario perdagangan global," ujar beliau.

Video

Berita Berkaitan