China Gesa AS Batalkan Tarif Timbal Balik

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 14 April 2025

Kementerian Perdagangan (MOFCOM) China menggesa Amerika Syarikat (AS) untuk membatalkan amalan salah ‘tarif timbal balik’ secara sepenuhnya, dan kembali ke jalan yang benar dalam menyelesaikan perbezaan menerusi saling menghormati dan dialog yang setanding, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Memetik jurucakap MOFCOM, pihak AS telah mengeluarkan memorandum untuk mengecualikan beberapa produk seperti komputer, telefon pintar, peralatan pembuatan semikonduktor serta litar bersepadu daripada tarif tersebut, dan pihak China sedang menilai impak daripada tindakan itu.

Lapor Xinhua, jurucakap MOFCOM itu turut berkata bahawa tindakan itu juga merupakan langkah kecil bagi AS untuk memperbetul kesalahannya mengenakan tarif timbal balik yang bukan sahaja tidak menyelesaikan masalah AS, tetapi memperlekeh aturan perdagangan dan ekonomi antarabangsa, mengganggu pengeluaran dan pengoperasian biasa perusahaan, selain menjejaskan penggunaan harian rakyat.

Beliau turut berkata bahawa kedudukan China terhadap hubungan ekonomi dan perdagangan AS-China adalah konsisten, selain memberitahu bahawa tiada pemenang dalam perang dagangan dan tiada jalan keluar bagi fahaman perlindungan.

Katanya, China menggesa AS untuk secara serius mengambil kira suara komuniti antarabangsa dan pihak domestik, serta mengambil langkah besar dengan memperbetul tindakannya.

Video

Berita Berkaitan