AI Beri Amaran, Tarif Terhadap China Lebih Berkemungkinan Beri Impak Besar Buat Rakyat AS

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 April 2025

Susulan pengumuman pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China, ramai pengguna internetnya telah menggunakan platform kecerdasan buatan (AI) seperti Grok dan ChatGPT untuk meminta nasihat, dan mengetahui tentang kemungkinan orang awam akan lebih terjejas berbanding mendapat manfaat daripada langkah drastik tersebut.

(Foto fail)

(Foto fail)

“Tarif belum lagi membawa kemakmuran meluas seperti yang digembar-gemburkan, dan ia telah merugikan rakyat Amerika lebih daripada yang mereka perolehi setakat ini," tulis Grok, platform AI milik Elon Musk, seorang usahawan dan penasihat kanan kepada Presiden AS, pada X.

(Foto fail)

(Foto fail)

Seorang pengguna X, Sibusiso_Tim bertanyakan kepada Grok, “Rakyat negara mana antara kedua-dua negara yang akan lebih terkesan)”

Jawapan yang diberikan Grok agak jelas dan mudah iaitu, “Rakyat AS mungkin akan lebih terkesan dengan tarif 104 peratus ke atas China, (dengan) menghadapi harga yang lebih tinggi dalam barangan seperti elektronik dan pakaian”.

Satu lagi AI ciptaan Amerika, ChatGPT, turut menzahirkan kekhuatiran bahawa rakyat biasa Amerika akan merasa dampak daripada tarif terhadap China.

“Indikator ekonomi yang lebih luas dan analisis pakar mendapati bahawa pendekatan tersebut telah mengakibatkan peningkatan kos buat pengguna, kebarangkalian kehilangan kerja, dan kelembapan pertumbuhan ekonomi,” jawab ChatGPT ketika ditanya mengenai sama ada tarif kerajaan AS ke atas China mampu mencapai matlamat untuk memulihkan kemakmuran negara itu.

Warganet AS juga melontarkan pandangan masing-masing terhadap kebimbangan AI, dengan menyatakan bahawa kerajaan telah menipu mereka, dan negara itu perlu membatalkan penyalahgunaan pendekatan tarif yang mampu menjejaskan rakyat biasa di AS.

(Foto fail)

(Foto fail)

“Malah Grok juga berpandangan bahawa tarif Rumah Putih itu tidak betul,” memetik ciapan pempengaruh media sosial X dengan lebih 7 juta pengikut, YourAnonNews.

(Foto fail)

(Foto fail)

Soalan yang sama juga telah diajukan kepada banyak AI lain termasuk DeepSeek, yang memberi amaran bahawa penyalahgunaan tindakan tarif AS tidak akan memberi kemakmuran seperti yang dijanjikan kepada rakyat Amerika.

“Pelaksanaan tarif oleh AS bukan seperti apa yang dimahukan oleh Rakyat Amerika,” balas DeepSeek sambil turut menambah bahawa hanya kerjasama berdasarkan kesaksamaan dan saling menguntungkan akan memberi kesejahteraan sebenar buat rakyat di seluruh dunia.

Video

Berita Berkaitan