PBB: Tiada Pemenang dalam Perang Perdagangan

(CRI)Isnin 07 April 2025

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, melalui jurucakapnya Stephane Dujarric, memberi amaran pada 4 April bahawa tiada pemenang dalam perang perdagangan, dan cabaran yang dihadapi negara-negara yang lemah lebih membimbangkan.

Dujarric menyatakan bahawa perang perdagangan akan membawa kesan negatif terhadap usaha PBB dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

Sebelum ini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah mengumumkan untuk mengenakan apa yang disebut “tarif timbal balik” ke atas semua rakan dagangnya di seluruh dunia pada 2 April waktu timur AS, dan turut mendapat tohmahan di peringkat global. Terdapat sebilangan rakan dagangnya yang menyatakan rasa sangat tidak puas hati dan bantahan tegas, sambil menyatakan akan bertindak balas.

Video

Berita Berkaitan