Kesemua Produk Diimport dari AS Dikenakan Tarif Tambahan China

(CRI)Sabtu 05 April 2025

Kesemua produk yang diimport dari Amerika Syarikat (AS) akan dikenakan tarif tambahan oleh China sebanyak 34 peratus bermula 10 April 2025.

Demikian dimaklumkan Jawatankuasa Peraturan Tarif Dewan Negara pada Jumaat susulan "tarif timbal balik" yang diumumkan AS terhadap produk yang dieksport China ke negaranya pada 2 April.

Dimaklumkan, perbuatan AS yang tidak sejajar dengan peraturan perdagangan antarabangsa itu disifatkan sebagai amalan hegemoni sepihak yang tipikal, dan akan menjadikan hak dan kepentingan China terjejas teruk.

Beijing mendesak Washington segera membatalkan tindakan tarif sepihak, dan memilih menangani perselisihan perdagangan melalui rundingan berdasarkan prinsip yang sama rata, saling menghormati dan sama untung.

Video

Berita Berkaitan