- Lain-lain
AS Kenakan "Tarif Timbal Balik": China Teguh Bela Kepentingan Sendiri
Jurucakap Kementerian Perdagangan China telah mengeluarkan kenyataan berhubung pengumuman "tarif timbal balik" yang dikenakan oleh pihak Amerika Syarikat (AS) pagi tadi.
China telah mengambil maklum bahawa pihak AS mengumumkan akan mengenakan "tarif timbal balik" ke atas semua rakan dagangannya bermula 2 April waktu Timur AS.
Selain membidas perbuatan AS ini, China tutut menyatakan akan mengambil langkah tegas untuk melindungi hak dan kepentingan milik sendiri.
AS mendakwa pihaknya telah mengalami kerugian dalam perdagangan antarabangsa, maka perlu menaikkan tarif ke atas semua rakan dagangannya dengan alasan "timbal balik". Namun tindakan ini sebenarnya mengabaikan pencapaian melalui rundingan perdagangan pelbagai hala selama bertahun-tahun yang menekankan keseimbangan kepentingan, dan fakta bahawa AS pernah memperoleh keuntungan yang besar dari perdagangan antarabangsa sejak sekian lama.
Berdasarkan penilaian subjektif dan sepihak, AS turut melontarkan apa yang disebut sebagai "tarif timbal balik", yang sebenarnya merupakan tindakan pembulian unilateral yang tipikal yang tidak selaras dengan peraturan perdagangan antarabangsa, malah boleh menjadikan hak dan kepentingan pihak-pihak berkaitan terjejas teruk.
Jadi tidak hairan perbuatan AS itu telah mengundang rasa tidak puas hati dan bantahan yang jelas daripada banyak rakan dagangannya.
Sehubungan itu, China mendesak AS agar segera membatalkan tarif unilateral dan menangani perselisihan antara rakan dagangannya melalui dialog yang sama rata.
- China Sama Sekali Tidak Takut akan Perang Perdagangan dengan AS
- Tarif AS Cetus Kebimbangan Pemain Industri Auto Eropah
- FED Kekalkan Kadar Faedah Dana Persekutuan pada 4.25 Hingga 4.5 Peratus
- Dasar Tarif Goncang Keyakinan Pelabur Terhadap Pasaran AS
- Perang Perdagangan AS Hanya Merugikan Diri Sendiri
- AS Tangguh Tarif terhadap Mexico dan Kanada
- Kanada Umum Tarif Balas 25 Peratus ke atas Import AS
- China Bertindak Balas Terhadap Peningkatan Tarif AS
- China Bakal Bertindak Balas Terhadap Tarif Tambahan AS
- AS Kena Tarif Tambahan terhadap Mexico dan Kanada Mulai Esok