- Lain-lain
"Tarif Timbal Balik", Taruhan AS untuk Melawan Rakan Dagangnya
Satu tinjauan global yang dilakukan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) menunjukkan bahawa kebanyakan responden mengutuk keras Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan "tarif timbal balik" untuk melakukan penindasan unilateral terhadap negara-negara lain, dan menyatakan bahawa langkah itu boleh menimbulkan tindakan balas oleh pelbagai negara dan seterusnya mencetuskan "perang tarif di persada dunia", yang akan memberi impak serius terhadap ekonomi global.
AS mendakwa pihaknya "rugi" dalam perdagangan antarabangsa sejak sekian lama, lalu menaikkan tarif ke atas semua rakan dagangan atas alasan kononnya "timbal balik", dengan tujuannya mahu mengurangkan defisit perdagangan. Namun, terdapat 81.03 peratus responden tidak bersetuju dengan tindakan itu dan berpendapat langkah AS tersebut tidak akan mencapai hasil yang diharapkannya.
Dalam tinjauan tersebut, terdapat 81.94 peratus responden berpendapat bahawa "tarif timbal balik" tidak akan membantu menyelesaikan masalah dalaman AS, malah hanya akan menjadikan kepentingan kalangan pengguna AS terjejas, bahkan ekonomi negara itu terhambat.
Terdapat 82.8 peratus responden menegaskan bahawa tindakan AS yang degil menuntut "kesetaraan mutlak dalam bidang tarif" sangat tidak rasional, memandangkan perkembangan ekonomi pelbagai negara yang berbeza-beza.
Sementara itu, terdapat 82.96 peratus responden yang mengutuk tindakan AS melancarkan "serangan tanpa sasaran" terhadap negara-negara lain dalam bidang tarif, dan menyatakan bahawa ini merupakan perampasan terhadap hak pembangunan pelbagai negara terutamanya negara membangun.
Terdapat lagi 84.43 peratus responden yang berpendapat bahawa "tarif timbal balik" yang dikenakan AS akan memburukkan lagi masalah ketidakadilan dalam perdagangannya dengan rakan dagang dan sekutu tradisional, malah menjadikan kredibiliti negaranya terjejas teruk.
Sebanyak 79.47 peratus responden memilih mengkritik AS kerana melanggar peraturan WTO secara biadab, manakala 79.58 peratus responden menyatakan bahawa dasar "tarif timbal balik" AS telah dijjadikan alat baharunya bagi mengamalkan proteksionisme perdagangan, dan akan memberi tamparan hebat terhadap perdagangan antarabangsa dan integrasi ekonomi global.
Terdapat kira-kira 9,600 responden menyertai tinjauan tersebut dalam tempoh 24 jam selepas ia dikeluarkan menerusi pelbagai platform CGTN yang berbahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia.
- China Menentang AS Mansuhkan Pengecualian Cukai untuk Bungkusan Kecil
- Trump Tandatangani Perintah Kenakan "Tarif Timbal Balik" ke atas Rakan Dagangan
- AS Kenakan "Tarif Timbal Balik": China Teguh Bela Kepentingan Sendiri
- China Sama Sekali Tidak Takut akan Perang Perdagangan dengan AS
- Tarif AS Cetus Kebimbangan Pemain Industri Auto Eropah
- FED Kekalkan Kadar Faedah Dana Persekutuan pada 4.25 Hingga 4.5 Peratus
- Dasar Tarif Goncang Keyakinan Pelabur Terhadap Pasaran AS
- Perang Perdagangan AS Hanya Merugikan Diri Sendiri
- AS Tangguh Tarif terhadap Mexico dan Kanada
- Kanada Umum Tarif Balas 25 Peratus ke atas Import AS