China Bertindak Balas Terhadap Kenaikan Tarif AS

(CRI)Sabtu 05 April 2025

Kementerian Perdagangan China (MOFCOM) dan Jabatan Pentadbiran Am Kastam (GAC) China mengumumkan sejumlah langkah balas terhadap kenaikan tarif oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) ke atas produk yang diimport dari China pada Jumaat.

MOFCOM memutuskan untuk menyenaraikan 11 syarikat AS termasuk syarikat Skydio sebagai entiti yang tidak boleh dipercayai dan sebanyak 16 entiti AS termasuk syarikat High Point Aerotechnologies ke dalam senarai kawalan eksport, selain menjalankan siasatan anti-lambakan ke atas tiub CT untuk kegunaan perubatan yang diimport dari AS dan India.

MOFCOM dan GAC juga memutuskan bersama untuk mengambil langkah kawalan eksport ke atas tujuh kategori barangan berkaitan nadir bumi jenis sederhana dan berat, termasuk samarium, gadolinium, terbium, dysprosium, lutetium, scandium, dan yttrium.

Setelah AS mengumumkan "tarif timbal balik" ke atas semua rakan dagangannya termasuk China pada 2 April lalu, China telah memfailkan dakwaan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia.

Pada hari yang sama, GAC memutuskan untuk menggantung buat sementara waktu pelesenan enam syarikat AS yang mengeksport produk ke China, antaranya satu pengeksport sorgum, tiga pengeksport daging dan tepung tulang ayam dan itik, dan dua pengeksport produk daging ayam dan itik.

Video

Berita Berkaitan