Malaysia, ASEAN Perlu Bersatu Hadapi Tarif AS - Anwar

(CRI)Selasa 08 April 2025

Malaysia dan negara-negara ASEAN perlu membentuk satu kesepakatan dalam isu tarif yang diumumkan Amerika Syarikat (AS) untuk memastikan rundingan dan perbincangan yang bakal dijalankan mempunyai asas yang kukuh, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata meskipun pengumuman tarif oleh Presiden AS Donald Trump dibuat dengan asas yang dipertikaikan, negara-negara ASEAN tidak boleh memandang ringan perkara itu terutamanya dalam suasana ekonomi dan politik dunia yang tidak menentu.

Berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri pada Isnin, Anwar berkata bahawa sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia akan secara proaktif memainkan peranannya, menyelaraskan dan meningkatkan hubungan antara negara-negara ASEAN agar setiap negara dapat menyatakan pendirian masing-masing dan pada masa sama ASEAN bergerak bersama sebagai satu kelompok besar.

Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN akan diadakan pada 10 April untuk membincangkan tindakan balas terhadap langkah tarif AS.

Video

Berita Berkaitan