China Membantah Tindakan AS Kenakan Tarif Tambahan Sewenang-wenangnya

(CRI)Isnin 07 April 2025

Kerajaan China mengeluarkan satu kenyataan mengenai pendiriannya membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan tarif tambahan sewenang-wenangnya pada Sabtu.

Baru-baru ini, AS telah mengenakan tarif tambahan ke atas semua rakan dagangnya termasuk China, dengan menggunakan alasan yang bermacam-macam. Tindakan tersebut dilihat boleh menjadikan hak dan kepentingan milik pelbagai negara terjejas teruk, malah memberi tamparan hebat kepada sistem perdagangan pelbagai hala yang berasaskan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia, dan kestabilan orde ekonomi global.

Kerajaan China mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya terhadap tindakan AS tersebut.

Kenyataan itu menyifatkan "tarif timbal balik" AS sebagai amalan unilateralisme, proteksionisme, dan pembulian ekonomi yang berteraskan "America First" dan "American exceptionalism", dan pasti akan mengundang bantahan yang meluas daripada masyarakat antarabangsa kerana tujuannya hanya tertumpu kepada agenda hegemoninya sendiri dengan mengorbankan kepentingan milik pelbagai negara lain.

"China telah dan akan terus mengambil langkah tegas untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara sendiri.

“Situasi sama untung dan sama menang patut dijadikan intipati hubungan China-AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan.

“AS perlu bertindak selaras dengan aspirasi rakyat kedua-dua negara bahkan dunia, mempertimbangkan kepentingan asas milik kedua-dua negara, dan menghentikan tindakan memperalatkan tarif tambahan sebagai senjata untuk menindas ekonomi dan perdagangan China, yang dilihat boleh menjadikan hak pembangunan rakyat China terjejas,” menurut kenyataan itu.

Video

Berita Berkaitan