- Lain-lain
Langkah Tarif AS Pasti Dibantah Masyarakat Antarabangsa - Kementerian Luar China
![]() |
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan untuk meningkatkan tarif terhadap semua rakan dagangnya baru-baru ini. Langkah itu melibatkan lebih 180 negara dan kawasan termasuk entiti ekonomi lemah yang dikategorikan sebagai negara paling kurang membangun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian ketika diminta memberi komen tentang langkah tarif AS berkata, tindakan hegemoni AS atas nama “timbal balik” hanya akan berkhidmat untuk kepentingan dirinya dengan mengorbankan hak dan kepentingan sah negara lain, dan meletakkan “Amerika first” di atas peraturan antarabangsa.
"Ini tindakan sepihak, amalan perlindungan dan tindakan buli ekonomi yang tipikal.
"China telah mengumumkan dokumen untuk menegakkan pendirian tegas negara ini," kata Lin.
Beliau berkata, langkah tarif AS itu merampas hak membangun pelbagai negara khususnya Selatan Global.
"Pelaksanaan kadar tarif berbeza oleh AS membelakangi prinsip Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menjejaskan order ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang normal serta keselamatan dan kestabilan rantaian pembekalan sejagat.
"Langkah AS itu merosakkan secara serius mekanisme perdagangan multilateral, menjejaskan proses pemulihan ekonomi dunia dan pasti akan mengundang bantahan masyarakat antarabangsa," ujar Lin.
- PBB: Tiada Pemenang dalam Perang Perdagangan
- China Membantah Tindakan AS Kenakan Tarif Tambahan Sewenang-wenangnya
- "Tarif Timbal Balik", Taruhan AS untuk Melawan Rakan Dagangnya
- China Bertindak Balas Terhadap Kenaikan Tarif AS
- Kesemua Produk Diimport dari AS Dikenakan Tarif Tambahan China
- China Menentang AS Mansuhkan Pengecualian Cukai untuk Bungkusan Kecil
- Trump Tandatangani Perintah Kenakan "Tarif Timbal Balik" ke atas Rakan Dagangan
- AS Kenakan "Tarif Timbal Balik": China Teguh Bela Kepentingan Sendiri
- China Sama Sekali Tidak Takut akan Perang Perdagangan dengan AS
- Tarif AS Cetus Kebimbangan Pemain Industri Auto Eropah