Eksklusif: Tarif Timbal Balik AS Adalah Serangan Terus Terhadap Sistem Dagangan Pelbagai Hala

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengeluarkan pelan yang kononnya dipanggil sebagai ‘tarif timbal balik’, yakni cadangan untuk mengenakan tarif secara menyeluruh terhadap semua rakan dagangnya. Ia akhirnya mendapat tidak balas meluas daripada komuniti antarabangsa.

Menurut pengkritik, pelan tersebut adalah sedikit lebih daripada buli ekonomi, pengunduran yang ketara ke dalam politik kuasa yang secara serius merungkai sistem perdagangan pelbagai hala dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sebagai terasnya dan merisikokan kestabilan ekonomi global.

Dasar ini dibina atas asas yang goyah, bergantung pada pertimbangan subjektif serta penilaian unilateral yang keterlaluan melanggar hak dan kepentingan sah negara lain.

Meskipun pihak kerajaan AS mewajarkan langkah itu sebagai pembetulan kepada apa yang dipanggil ketidakseimbangan perdagangan yang telah lama wujud, naratif AS sebagai mangsa tersebut dilihat sebagai tidak berasas.

Ia bukan sahaja mengabaikan hasil seimbang yang dicapai melalui rundingan perdagangan pelbagai hala, tetapi juga menolak hakikat bahawa AS telah lama mendapat laba yang besar daripada perdagangan antarabangsa.

Pada dasarnya, strategi tarif tersebut bukan mengenai keadilan, tetapi mengenai kuasa. Ia mengambil kesempatan terhadap saiz ekonomi AS yang besar untuk melemahkan rakan dagang mengikut selera sendiri, seterusnya mengetepikan prinsip utama multilaterisme.

Dengan menyasarkan kesemua rakan dagang tanpa diskriminasi, AS dilihat cuba untuk mengubah daripada ‘America First’ kepada dasar yang lebih memulau, iaitu ‘America Only’.

Memetik pemerhatian The Economist, AS menarik semula dasar-dasar dagangan kepada abad ke-19, mengabaikan fakta bahawa globalisasi telah membawa kepada kemakmuran yang belum pernah terjadi kepadanya.

Persembahan ‘mungkin boleh jadi benar’ ini adalah satu serangan terus terhadap orde berasaskan undang-undang, yang telah mengutamakan perdagangan global buat berdekad lamanya.

Felow kanan di Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson, Chad Brown berkata bahawa agenda tarif timbal balik AS telah mencemarkan peraturan WTO, dengan mendriskiminasikan rakan dagangan, dan secara unilateralnya menaikkan cukai jauh daripada yang dihadkan.

Sistem perdagangan pelbagai hala yang berpaksikan WTO telah memainkan peranan penting dalam mengurangkan perpecahan perdagangan dan memupuk kestabilan ekonomi global dan kemakmuran. Pelan tarif AS bukan sahaja merosakkan sistem itu, malah memungkinkan ia untuk menjadi ranap.

Ketika ini, rakan paling sejati AS juga berundur ke belakang. Presiden Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen telah memberi amaran bahawa EU kini bersiap sedia untuk membuat langkah balas bagi melindungi perniagaan dan kelebihannya sekiranya rundingan gagal dilaksanakan.

Presiden Switzerland, Karin Keller-Sutter pula menyatakan bahawa melindungi ekonomi negaranya adalah yang paling utama, dan patuh kepada undang-undang antarabangsa dan perdagangan bebas kekal menjadi nilai utama.

Manakala, kerajaan Brazil pula berkata pihaknya sedang menilai kesemua tindakan yang munasabah untuk memastikan timbal balik di dalam perdagangan dua hala, termasuk mengambil jalan keluar ke WTO bagi melindungi keutamaan negara yang sah.

Pada masa sama, China terus menyatakan komitmennya terhadap multilateralisme. Sebagai negara ekonomi kedua terbesar dan penyokong tegar sistem perdagangan pelbagai hala, China terus mengajak ke arah penyelesaian pertikaian perdagangan menerusi dialog dan rundingan berbanding ancaman unilateral atau langkah fahaman perlindungan.

Kedudukan China berpaksikan kepada kepercayaan bahawa prinsip dan undang-undang WTO mesti dipegang, iaitu pelaburan dan perdagangan boleh berlaku bebas, dan kemakmuran bersama hanya boleh didapati melalui kerjasama terbuka.

China juga percaya bahawa multilateralisme adalah satu-satunya pilihan untuk mengatasi cabaran global, dan globalisasi ekonomi adalah trend yang tidak boleh dihentikan di dalam sejarah.

Berhubung tarif timbal balik AS, China akan mengambil langkah tegas dan berkesan untuk melindungi haknya yang sah. Malah, ia juga akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain untuk memegang tegas terhadap multilateralisme yang sebenar, menjaga sistem perdagangan pelbagai hala, mempromosi manfaat sejagat dan keterangkuman globalisasi ekonomi, secara aktif menyertai tata kelola ekonomi global, dan gigih berusaha ke arah ekonomi dunia yang terbuka.

Pada era globalisasi ekonomi hari ini, dasar yang diambil AS seperti itu hanya merugikan diri sendiri. Memelihara sistem perdagangan pelbagai hala adalah prasyarat untuk menjaga kepentingan bersama dan menjamin kemakmuran yang berkekalan untuk semua.

AS seharusnya melupakan pendekatan permainan campur tolaknya, dengan segera membatalkan pendekatan tarif unilateralnya, kembali kepada jalan dialog dan kerjasama, serta bekerjasama dengan rakan dagangnya.

Video

Berita Berkaitan