- Lain-lain
Kertas Putih mengenai Hubungan Dagangan China-AS Disiarkan
Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Rabu menyiarkan kertas putih mengenai pendirian China dalam beberapa isu membabitkan hubungan ekonomi dan dagangan China-Amerika Syarikat (AS).
Kertas putih itu berbunyi, perbuatan AS mengenakan tarif tambahan terhadap semua produk diimport dari China mendedahkan sifat negara itu yang mengamalkan unilateralisme dan pembulian.
Tingkah laku AS bertentangan dengan prinsip ekonomi pasaran dan multilateralisme, serta akan memberi kesan serius kepada hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Susulan kenaikan tarif AS, China telah pun melaksanakan tindakan balas tegas selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Menurut dokumen itu, tiada pemenang dalam perang perdagangan dan amalan perlindungan akan menemui jalan buntu. Kejayaan yang diraih oleh satu pihak merupakan peluang bagi pihak lain, bukan ancaman.
Diharap AS dapat bergerak sehaluan dengan China, dan menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan rundingan berlandaskan prinsip saling hormat, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.
Dokumen itu menyebut bahawa adalah penting untuk menggerakkan hubungan perdagangan kedua-dua negara berkembang ke arah sihat, stabil dan mampan.
- Bertindak Balas untuk Melindungi Kepentingan Ekonomi Negara - PM Malaysia
- Presiden Venezuela Tandatangani Perintah Darurat Ekonomi Hadapi Peningkatan Tarif AS
- Sejumlah Negara Bertindak Balas terhadap Peningkatan Tarif AS
- Eksklusif: Tarif Timbal Balik AS Adalah Serangan Terus Terhadap Sistem Dagangan Pelbagai Hala
- AS akan Alami Kemelesetan Berikutan Peningkatan Tarif - PM Kanada
- Langkah Tarif AS Pasti Dibantah Masyarakat Antarabangsa - Kementerian Luar China
- China Ikrar Ambil Langkah Tegas Lindungi Kepentingan Diri
- Tarif AS: Presiden Indonesia Seru Usahawan Cari Pasaran Baharu
- Malaysia, ASEAN Perlu Bersatu Hadapi Tarif AS - Anwar
- PBB: Tiada Pemenang dalam Perang Perdagangan