'Tarif Timbal Balik' Adalah 'Preskripsi dan Ubat yang Salah'

(CRI)Khamis 10 April 2025

Majlis Perdagangan Barangan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengadakan mesyuarat tahunan pertama di Geneva pada Rabu.

China secara proaktif mengesyorkan topik perbincangan, menzahirkan perhatian tinggi terhadap 'tarif timbal balik' oleh Amerika Syarikat (AS) serta kesan buruknya, dan menuntut negara itu mematuhi peraturan WTO supaya mengelakkan ekonomi sejagat dan mekanisme perdagangan multilateral daripada mengalami impak negatif.

Sebanyak 46 anggota WTO menyampaikan ucapan di bawah topik ini, menyatakan perhatian tinggi terhadap 'tarif timbal balik' yang dilaksanakan pemerintah Trump.

Wakil China menyatakan AS merupakan antara pengasas mekanisme perdagangan multilateral dan mendapat banyak keberuntungan dari mekanisme tersebut.

"Menilai perolehan keuntungan keseluruhan dari perdagangan antarabangsa menggunakan imbangan perdagangan barangan adalah tidak lengkap.

"Apa yang disebut sebagai 'tarif timbal balik' merupakan 'preskripsi dan ubat yang salah', kerana ia bukan sahaja tidak membantu bagi penyelesaian defisif perdagangan, malah akan memudaratkan AS sendiri serta merosakkan order perdagangan antarabangsa," kata wakil China.

Beliau menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang akan menang dalam perang tarif atau perang perdagangan. China menyeru semua anggota WTO mengambil iktibar dari sejarah, mempertahankan dan membela peraturan perdagangan multilateral, menyelesaikan perselisihan pendapat melalui dialog dan kerjasama pelbagai hala.

Video

Berita Berkaitan