Langkah Tarif Trump akan Jejaskan Kestabilan Ekonomi Dunia - Presiden Brazil

(CRI)Khamis 10 April 2025

Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva berkata, kerajaan Donald Trump yang melaksanakan langkah tarif sesuka hati akan menjejaskan kestabilan ekonomi antarabangsa, dan tiada pemenang dalam perang perdagangan.

Berucap pada Sidang Kemuncak Komuniti Amerika Latin dan Negara-negara Caribbean (CELAC) di Honduras pada Rabu, Lula berkata rantau itu sedang diselubungi ancaman niat yang ingin memulihkan hegemoni terdahulu.

Beliau turut menyeru negara-negara Amerika Latin supaya mengetepikan perselisihan dan meningkatkan kerjasama.

Video

Berita Berkaitan