China Naikkan Kadar Tarif ke atas Import AS kepada 125 Peratus

(CRI)Sabtu 12 April 2025

China akan menaikkan kadar tarif ke atas produk import dari Amerika Syarikat (AS) kepada 125 peratus berkuat kuasa Sabtu ini, menurut kenyataan Suruhanjaya Tarif Kastam Dewan Negara China pada Jumaat.

Langkah itu dibuat susulan tindakan AS yang sebelum ini menaikkan kadar 'tarif timbal balik' ke atas barangan import dari China kepada 125 peratus.

Suruhanjaya itu menyatakan bahawa walaupun AS mengenakan tarif yang lebih tinggi, langkah berkenaan sudah tidak lagi memberi sebarang makna ekonomi dan akhirnya akan menjadi bahan jenaka dalam sejarah ekonomi dunia.

"Memandangkan pasaran China kini sudah tidak mampu menerima produk import dari AS pada kadar tarif semasa, sekiranya AS terus mengenakan tarif tambahan ke atas produk China, China tidak akan mengendahkannya," menurut kenyataan itu.

Video

Berita Berkaitan