China, EU Sedia Tingkatkan Kerjasama Hadapi Langkah Tarif AS

(CRI)Khamis 10 April 2025

Menteri Perdagangan China, Wang Wentao mengadakan rundingan dengan Pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) bagi keselamatan perdagangan dan ekonomi, Maros Sefcovic melalui video pada petang Selasa.

Mereka bertukar-tukar pandangan tentang usaha meningkatkan kerjasama China-EU bagi menghadapi langkah 'tarif timbal balik' yang dilaksanakan Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan secepat mungkin, dan memulihkan mekanisme dialog bantuan perdagangan China-EU.

Wang menyatakan bahawa 'tarif timbal balik' oleh AS mencabuli hak yang sah pelbagai negara, melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), merosakkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dan memberikan impak teruk kepada kestabilan susunan ekonomi global.

"Tindakan hegemoni AS adalah tindakan sepihak, amalan perlindungan, dan tindakan buli ekonomi yang tipikal.

"China membantah sekeras-kerasnya langkah itu dan telah mengambil tindakan balas yang sewajarnya untuk mempertahankan kepentingan diri," ujar Wang.

Sefcovic pula menyatakan bahawa tindakan menaikkan kadar tarif oleh AS memberikan tempias teruk kepada perdagangan antarabangsa, sekali gus menjejaskan kepentingan Eropah, China, dan negara-negara lemah.

Beliau menegaskan bahawa pihaknya bersedia berganding bahu dengan anggota WTO yang lain termasuk China, untuk memastikan kelancaran perdagangan global.

Video

Berita Berkaitan