- Lain-lain
China, Malaysia Ikrar Bina Komuniti Berkongsi Nasib Strategik Bertaraf Tinggi
![]() |
Presiden China Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada petang Rabu.
Xi berkata dalam tempoh lima dekad mendatang, China dan Malaysia perlu terus bersinergi membina komuniti berkongsi nasib strategik bertaraf tinggi sehingga membawa limpahan manfaat buat rakyat serta menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan serantau.
Untuk itu, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan antaranya menjalankan koordinasi strategik bertaraf tinggi, mewujudkan mekanisme dialog '2+2' berkaitan diplomasi dan pertahanan serta memperdalam pertukaran dan kolaborasi melibatkan keselamatan negara, pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.
China dan Malaysia hendaklah mewujudkan penanda aras kerjasama berkaitan pembangunan berkualiti sambil mempergiat usaha memupuk kerjasama dalam industri berorientasikan masa depan seperti ekonomi digital, ekonomi hijau, ekonomi biru dan kecerdasan buatan (AI).
Xi juga mengesyorkan dua negara memperkasa interaksi dan saling belajar sesama tamadun dan melakukan kerjasama berhubung Dialog Konfusianisme-Islam.
China mendukung peranan Malaysia sebagai pengerusi bergilir ASEAN, kata beliau sambil menambah China bersedia bekerjasama dengan negara serantau untuk memastikan Protokol Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0 dimeterai seawal mungkin.
![]() |
- Xi Bincang Bersama PM Malaysia
- China, Malaysia Sasar 'Lima Dekad Keemasan' Baharu
- Pelabur China Dorong Pertumbuhan di Malaysia
- Sorotan Hasil Kerjasama Praktikal China-Malaysia
- Xi Terima Sambutan Rasmi di Istana Negara Malaysia
- China, Malaysia Diharap Terus Perkukuh Kerjasama
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul
- ECRL, Teladan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia
- Presiden Xi Jinping Tiba di Kuala Lumpur, Disambut Hangat
- Xi Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi