- Lain-lain
China, Malaysia Diharap Terus Perkukuh Kerjasama
Lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia bermula Selasa amat dinanti-nantikan pelbagai lapisan masyarakat tempatan.
Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) Datuk Abdul Majid Ahmad Khan berkata lawatan Xi akan terus mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara.
Beliau turut memuji kemajuan ketara yang dicapai dalam hubungan Malaysia-China termasuk bidang ekonomi, pertukaran sosiobudaya, perdagangan dan pelaburan serta projek kerjasama utama.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib meluahkan kesediaan untuk menawarkan peluang pasaran yang lebih luas kepada China.
Beliau menyatakan kerjasama dengan China akan membantu Malaysia melangkah ke peringkat lebih tinggi di pentas global.
Sementara itu, penasihat utama di Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia, Dr Oh Ei Sun berkata tatkala dunia berdepan pelbagai cabaran, Malaysia dan China harus melakukan kerjasama lebih erat, memperkasa pembangunan berdasarkan skala sedia ada dan memastikan dagangan dua hala merekodkan pertumbuhan lebih tinggi.
- Presiden Xi Jinping Tiba di Kuala Lumpur, Disambut Hangat
- Xi Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi
- Presiden Xi Tiba di Kuala Lumpur
- Artikel Presiden Xi Disiar di Media Malaysia
- Menara Exchange 106, Mercu Tanda Kerjasama BRI China-Malaysia
- Membawa Pembinaan Komuniti Berkongsi Masa Depan China-Malaysia ke Tahap Lebih Tinggi
- Malaysia Madani Selari Dasar Pentadbiran Xi - PM Anwar
- Anwar Puji Usaha Xi Martabatkan Warisan Budaya dalam Pentadbiran Negara
- Malaysia Tidak Pernah Terima Tekanan dari China - PM Anwar
- Malaysia, China Seiringan Tingkat Peluang Ekonomi dan Perdagangan - PM Anwar