Xi Harap China, Malaysia Saling Menyokong dalam Usaha Pemodenan

(CRI)Khamis 17 April 2025

Presiden China Xi Jinping menyampaikan ucapan pada majlis jamuan yang dihoskan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Xi berkata beliau gembira melihat Malaysia mencapai kemajuan besar dalam pembangunan negara dan usaha pemodenan.

Beliau yakin bahawa di bawah bimbingan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Anwar, Malaysia akan terus memaparkan kedinamikan pembangunan dan melakar pencapaian lebih cemerlang berpandukan Inisiatif Ekonomi Madani.

Xi menyatakan China mahu bergandingan bersama Malaysia ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib strategik bertaraf tinggi, sekali gus menyingkap 'lima dekad keemasan' baharu dalam hubungan bilateral.

Dua negara juga hendaklah saling memberi sokongan kepada usaha pemodenan sehingga menjadi teladan solidariti dan kolaborasi Selatan Global.

Video

Berita Berkaitan