- Lain-lain
Jenama Minuman Teh Makin Popular, “Rasa China” Sebati Dengan Kehidupan Harian Warga KL
Semasa kunjungan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia, wartawan People’s Daily Online telah mengambil peluang untuk melawat kedai minuman teh jenama China di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Pemerhatian mendapati bahawa terdapat ramai pelanggan yang sedang berbaris untuk menunggu giliran sebelum membuat pesanan di kaunter. Lemonad, aiskrim dan minuman lain terkenal dalam kalangan pengguna tempatan.
Wartawan People’s Daily Online itu turut membeli secawan lemonad berharga RM3 (sekitar RMB5), yang lebih kurang sama harganya dengan di China.
Faktor persamaan budaya minum teh antara China dan Malaysia, serta harga yang berpatutan dan rasa yang menyegarkan secara tidak langsung menyaksikan jenama itu mudah bertapak dalam pasaran Malaysia.
“Rasa China” dan “Jenama China” kini telah menjadi sebati dalam kehidupan harian rakyat tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertukaran yang lebih rapat antara rakyat kedua-dua negara.
- Xi Bincang Bersama PM Malaysia
- China, Malaysia Sasar 'Lima Dekad Keemasan' Baharu
- Pelabur China Dorong Pertumbuhan di Malaysia
- Sorotan Hasil Kerjasama Praktikal China-Malaysia
- Xi Terima Sambutan Rasmi di Istana Negara Malaysia
- China, Malaysia Diharap Terus Perkukuh Kerjasama
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul
- ECRL, Teladan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia
- Presiden Xi Jinping Tiba di Kuala Lumpur, Disambut Hangat
- Xi Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi