- Lain-lain
China, Kemboja Komited Bina Komuniti Berkongsi Nasib Sepanjang Masa Era Baharu (2)
Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet mencapai persetujuan untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja sepanjang masa pada era baharu dan mengisytiharkan 2025 sebagai Tahun Pelancongan China-Kemboja.
Persetujuan itu dicapai dalam perbincangan kedua-dua pihak di Phnom Penh pada Khamis.
Xi mencadangkan kedua-dua negara menjadikan "pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Kemboja sepanjang masa pada era baharu" sebagai titik permulaan baharu, terus melaksanakan pelan tindakan edisi baharu untuk mengukuhkan kerjasama strategik yang berspesifikasi tinggi demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.
"Kedua-dua pihak perlu berusaha menggalakkan kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan yang menekankan pembinaan berkualiti tinggi, dan terus menambah elemen baharu ke rangka kerjasama 'Diamond Hexagon', dan kedua-duanya dilihat kondusif bagi pemodenan di negara masing-masing.
"Kedua-dua negara perlu mengambil langkah yang lebih tegas dan berkesan untuk membanteras perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi bagi memelihara kestabilan sosial dan pergaulan yang normal antara negara serantau.
"Selain itu, kedua-dua negara juga perlu meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam rangka kerjasama ASEAN dan Lancang-Mekong, dan bersama-sama memelihara keamanan dan pembangunan serantau yang tidak datang mudah, untuk menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan," kata Xi.
Sementara itu, Hun Manet pula menyatakan bahawa pihaknya berpegang teguh kepada dasar Satu China dan menyokong tindakan China dalam memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah.
"Kemboja komited untuk memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang seperti ekonomi dan perdagangan, pelaburan, rantaian perindustrian dan bekalan, pertanian dan pembinaan infrastruktur.
"Kami bersedia bersama-sama membanteras perjudian dalam talian dan penipuan telekomunikasi, mengukuhkan pertukaran dalam bidang sosiobudaya seperti pendidikan dan kebudayaan, dan menjayakan 'Tahun Pelancongan Kemboja-China'.
"Di samping itu, Kemboja bersedia untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan China untuk menjaga kepentingan bersama milik kedua-dua pihak," kata Hun Manet.
Selepas perbincangan tersebut, pemimpin kedua-dua negara telah menghadiri majlis pertukaran lelbih 30 dokumen kerjasama dua hala yang merangkumi sektor kerjasama rantaian perindustrian dan bekalan, kecerdasan buatan, bantuan pembangunan, pemeriksaan dan kuarantin kastam, sanitasi dan jabatan penerangan.
- Xi Bertemu Raja Kemboja
- Xi Bertemu Presiden Senat Kemboja
- Xi Bincang Bersama PM Kemboja
- Xi Tiba di Kemboja untuk Lawatan Rasmi
- Xi Harap Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Kemboja Terus Dimantapkan
- Jalan Nasional 71C Kemboja Dirasmikan
- Bual Belia: Ikatan Kebudayaan antara China dan Asia Tenggara
- Hutong di Beijng Tawarkan Rasa Asia Tenggara
- Presiden Xi akan Lawat Vietnam, Malaysia dan Kemboja
- Pusat Latihan Bersama Kemboja-China Dirasmikan