Pilihan Raya Presiden Korea Selatan Bakal Diadakan pada 3 Jun

(CRI)Isnin 21 April 2025

Pilihan Raya Presiden Korea Selatan ke-21 dijadualkan pada 3 Jun. Institut Pendapat Awam Masyarakat Korea (KSOI) telah menjalankan tinjauan pendapat berkaitan topik pilihan raya presiden.

Menurut hasil tinjauan tersebut yang diumumkan pada Ahad, bekas Ketua Parti Demokratik Bersama yang merupakan parti pembangkang terbesar Korea Selatan, Lee Jae-myung mendahului dengan kadar sokongan 46.1 peratus, manakala Pemangku Presiden yang juga Perdana Menteri Han Duck-soo menyaksikan peningkatan kadar sokongan ke tangga kedua yang sudah mencecah 10.6 peratus, sekaligus muncul sebagai calon paling kompetitif dalam blok konservatif.

Han Duck-soo masih belum mengumumkan keputusannya untuk bersaing merebut jawatan presiden, di tengah-tengah seruan yang makin meningkat daripada parti pemerintah yakni Parti Kuasa Rakyat baru-baru ini. Sama ada Han akan beraksi dalam kempen pilihan raya atau tidak akan menjadi tumpuan masyarakat untuk beberapa minggu akan datang.

Video

Berita Berkaitan