Pasukan Kesihatan China Tiba di Yangon

(CRI)Ahad 20 April 2025

Pasukan kesihatan China tiba di Yangon pada petang Sabtu untuk membantu kerja mencegah penularan wabak penyakit pasca gempa bumi di Myanmar.

Pasukan dihantar kerajaan China itu terdiri daripada 50 anggota dengan membawa barangan dan peralatan yang diperlukan.

Pasukan itu akan melakukan pelbagai kerja di Mandalay yang terjejas teruk dalam gempa bumi antaranya termasuk kawalan penyakit berjangkit, pemantauan epidemiologi, disinfeksi, ujian kebersihan air minum dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan