Wakil China, Rusia dan Iran Bertemu Ketua Pengarah IAEA

(CRI)Jumaat 25 April 2025

Wakil Tetap China ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Li Song, bersama-sama rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Ulyanov dan Iran, Mohsen Nazjafi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi pada Khamis untuk berbincang mengenai peranan IAEA dalam penyelesaian politik dan diplomatik isu nuklear Iran.Ketiga-tiga wakil tersebut menekankan bahawa pendekatan politik dan diplomatik yang saling menghormati merupakan satu-satunya pilihan yang berkesan dan praktikal untuk menyelesaikan isu nuklear Iran.

Mereka turut menyatakan sokongan terhadap IAEA untuk terus memainkan peranan profesional dan uniknya bagi mendorong usaha politik dan diplomatik berkaitan isu tersebut dengan sikap yang positif dan konstruktif.

China dan Rusia juga menyokong Iran untuk meningkatkan dialog dan kerjasama dengan IAEA.

Li berkata, China menyanjung tinggi komitmen Iran untuk tidak membangunkan senjata nuklear serta menghormati hak Iran dalam menggunakan tenaga nuklear secara aman.

China turut menyokong dialog antara Iran dengan semua pihak termasuk Amerika Syarikat (AS).

Dalam situasi baharu, China bersedia bersama-sama Rusia, Iran dan IAEA untuk memperkukuhkan interaksi dan kerjasama supaya menyumbang tenaga positif kepada proses penyelesaian politik dan diplomatik isu nuklear Iran.

Video

Berita Berkaitan