Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Chile di Beijing

(CRI)Rabu 14 Mei 2025
Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Chile di Beijing

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Chile, Gabriel Boric mengadakan pertemuan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Pada pertemuan tersebut, Xi menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik antara China dan Chile, justeru kedua-dua negara akan memperkukuhkan hubungan perkongsian strategik komprehensif dan bersama-sama mengalakkan keamanan global.

Xi menekankan bahawa China bersedia bersama dengan Chile memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik.

Ujar beliau, kedua-dua negara akan melaksanakan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), meliputi kerjasama dalam bidang pertanian, perhutanan, penternakan, perikanan, pelaburan industri, dan infrastruktur.

Selain itu, China dan Chile juga komited untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang astronomi, kecerdasan buatan (AI), bioteknologi perubatan dan ekonomi digital.

China juga menyokong syarikat tempatan untuk menjalankan perniagaan di Chile, dan pada masa sama mengalu-alukan pengimportan lebih banyak produk berkualiti ke China.

Tambah Xi, China dan Chile juga perlu memperkukuh kerjasama pelbagai hala bagi mempertahankan kepentingan bersama Selatan Global.

Sementara itu, Boric menyatakan bahawa Chile menyokong teguh prinsip Satu China dan berharap untuk terus memperluas kerjasama dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan dan AI.

Selain itu, berusaha bersama-sama dalam melaksanakan BRI dan mengeratkan pertukaran antara rakyat.

Katanya Chile juga bersedia bersama-sama dengan China memelihara teguh amalan multileteralisme dan kewibawaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta kesaksamaan dan keadilan antarabangsa.

Video

Berita Berkaitan