Keluaran Industri Navigasi Satelit China Cecah RMB575.8 Bilion

(CRI)Ahad 18 Mei 2025

Kertas Putih mengenai Perkembangan Industri Perkhidmatan Navigasi dan Penentududukan Satelit China 2025 yang dikeluarkan pada hari ini menunjukkan, jumlah nilai pengeluaran industri perkhidmatan navigasi dan penentududukan satelit China meningkat 7.39 peratus tahun ke tahun kepada RMB575.8 bilion (RM 343.1 bilion) pada tahun 2024;manakala jumlah permohonan paten navigasi satelit melebihi 129,000 kes dan kekal wujud sebagai peneraju di peringkat global.

Kira-kira 288 juta telefon pintar di seluruh negara dilengkapi fungsi penentududukan Beidou setakat akhir tahun 2024; perkhidmatan navigasi tahap laluan kenderaan berketepatan tinggi pula meliputi lebih 99% jalan di bandar dan pekan di negara ini dengan perkhidmatan penentududukan mencatat purata lebih 1 trilion kali sehari yang melibatkan jarak perjalanan purata lebih 4 bilion kilometer.

Selain itu, perkhidmatan penentududukan Beidou juga kondusif untuk menjalankan ujian terhadap ketersambungan internet sepanjang laluan kenderaan dan memastikan pemanduan pintar terjamin di lebih 50 bandar di seluruh negara.

Sebagai pembekal teras sistem navigasi satelit global yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Sistem Navigasi Satelit Beidou telah diberi akses ke dalam sistem standard bagi 11 organisasi antarabangsa yang melibatkan penerbangan awam, maritim dan komunikasi mudah alih, sedangkan eksport perkhidmatan dan produk berkenaan sudah menjangkau ke lebih 140 negara dan wilayah.

Video

Berita Berkaitan