Tarikh dan Lokasi Rundingan Iran-AS Seterusnya Belum Ditentukan

(CRI)Isnin 26 Mei 2025

Tarikh dan lokasi bagi rundingan pusingan seterusnya antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) masih belum ditentukan, kata Menteri Luar Iran Abbas Araqchi pada Ahad.

AS dan Iran mengadakan rundingan tidak langsung pusingan pertama di Muscat, ibu negara Oman pada 12 April.

Ini merupakan rundingan rasmi yang julung kalinya diadakan antara kedua-dua pihak sejak AS menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran pada Mei 2018.

Selepas itu, empat pusingan rundingan tidak langsung telah diadakan antara kedua-dua pihak masing-masing pada 19 dan 26 April serta 11 dan 23 Mei.

Video

Berita Berkaitan