China Seru Penyelesaian Politik Isu Nuklear Iran di Majlis Keselamatan PBB

(CRI)Rabu 25 Jun 2025

China menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengembalikan isu nuklear Iran ke landasan penyelesaian politik.

Perkara itu disuarakan Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong ketika berucap dalam Mesyuarat Terbuka Majlis Keselamatan PBB pada Selasa.

Dalam ucapannya, Fu menegaskan bahawa usaha menghentikan peperangan dan mencapai gencatan senjata merupakan keutamaan yang mendesak ketika ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa penyelesaian politik adalah satu-satunya jalan penyelesaian ke arah keamanan, justeru dialog dan rundingan perlu dimulakan dengan segera.

Katanya, sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan negara anggota Perjanjian Nuklear Iran (JCPOA), China akan terus mempertahankan pendirian yang adil dan objektif, meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan semua pihak, serta memainkan peranan konstruktif dalam memulihkan keamanan di Timur Tengah dan mendorong penyelesaian politik isu nuklear Iran.

Video

Berita Berkaitan