Guangxi Anjur Acara Popularisasi Sains, Galak Penglibatan Pelajar Sekolah

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 05 September 2025
Guangxi Anjur Acara Popularisasi Sains, Galak Penglibatan Pelajar Sekolah
Pelajar berinteraksi dengan anjing robotik di sebuah acara popularisasi sains di bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 2 September 2025. (Poeple’s Daily Online/Lei Qijun)

Sebagai sebahagian daripada sambutan bulan popularisasi sains kebangsaan yang pertama China, satu acara popularisasi sains telah membuka tirainya di bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 2 September 2025.

Berkebetulan dengan pembukaan semester baharu sesi persekolahan, para pelajar kelihatan teruja apabila dapat menyaksikan robot pintar. Acara popularisasi sains yang unik tersebut sekali gus menjadi ‘pelajaran pertama musim persekolahan baharu’ yang istimewa.

Pada hari sama, satu pameran kecerdasan buatan (AI) bersama-sama dengan sistem panduan realiti terimbuh (AR) telah dilancarkan di Muzium Sains dan Teknologi di Baise.

Diiringi oleh dua robot penyambut tetamu, satu robot pembuat persembahan dan satu sistem panduan panorama AR, muzium itu menyajikan tetamu dengan pengalaman sains dan teknologi yang interaktif dan penuh asyik sepanjang berlangsungnya acara selama sebulan itu.

Di kawasan pameran AI, pelajar berinteraksi dengan robot penyambut tetamu pintar. Di ruang pameran pengaplikasian dron, teknologi tersebut membuat demonstrasi dron sedang berlepas dan mendarat. Di seksyen kesihatan dan kesejahteraan pula, model manusia dan peranti AR mengubah ilmu abstrak kepada sesuatu yang boleh dilihat.

Setiap reruai dikelilingi oleh pengunjung yang penuh sifat ingin tahu, dengan guru-guru cuba memberi panduan kepada pelajar untuk mencuba peranti, membolehkan pelajar menyelami dunia teknologi pintar.

Foto memperlihatkan satu robot penyambut tetamu di sebuah acara popularisasi sains di bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 2 September 2025. (Poeple’s Daily Online/Liang Zhanghui)
Para pelajar menyertai dalam sebuah acara popularisasi sains di bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 2 September 2025. (Poeple’s Daily Online/Lei Qijun)
Pelajar berinteraksi dengan anjing robotik di sebuah acara popularisasi sains di bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 2 September 2025. (Poeple’s Daily Online/Lei Qijun)
Para pelajar menyertai sebuah acara popularisasi sains di bandar Baise, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi di selatan China pada 2 September 2025. (Poeple’s Daily Online/Lei Qijun)

Video

Berita Berkaitan