- Lain-lain
Persahabatan China-Serbia Semakin Kukuh

Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic pada Isnin.
Dalam pertemuan itu China komited untuk terus memperkukuh hubungan perkongsian strategik komprehensif antara China dan Serbia serta mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Serbia pada era baharu.
Lawatan rasmi Presiden Vucic ke China dari 24 hingga 28 Mei mendapat respons dan penilaian positif di peringkat global.
Penganalisis berpendapat bahawa lawatan Vucickali ini memberikan momentum baharu kepada kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua negara pada masa depan.
Namun, apakah cara yang boleh dilakukan untuk membawa persahabatan China-Serbia ke tahap yang lebih tinggi?
Dalam rangka lawatan Vucic ke China kali ini, Xi Jinping telah menganugerahkan Pingat Persahabatan Republik Rakyat China kepada Vucic di Dewan Besar Rakyat Beijing.
Ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan tertinggi bagi sumbangan Presiden Vucic untuk persahabatan China-Serbia, malah juga membawa harapan tulus rakyat kedua-dua negara terhadap pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Serbia pada era baharu, sekali gus menjadi saksi kepada kepercayaan strategik berkualiti tinggi antara kedua-dua negara.
Bukan itu sahaja, kerjasama praktikal yang mendalam adalah bukti jelas persahabatan China-Serbia.
Dari kemasukan produk istimewa Serbia seperti madu, daging lembu dan kambing yang semakin banyak di pasaran China, hingga ke projek-projek yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat China seperti lebuh raya luar bandar Belgrade yang membantu pembangunan Serbia.
Malah, Presiden Vucic turut menyatakan kekagumannya terhadap China selepas menaiki kereta api laju laluan Serbia, dalam projek kereta api Hungary-Serbia.

Pada masa sama, pertukaran rakyat-ke-rakyat juga memberikan momentum yang tidak terhingga kepada perkembangan hubungan kedua-dua negara.
Bahasa Mandarin kini menjadi bahasa asing kedua popular di Serbia, malah papan tanda berbahasa Mandarin semakin mudah dilihat di jalan-jalan Belgrade.
Bukan itu sahaja, anak bongsu Vucic turut mula mempelajari bahasa tersebut.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penerbangan langsung dan pengecualian visa antara kedua-dua negara menjadikan interaksi antara China-Serbia lebih mudah.
Siri acara sempena sambutan "Ulang Tahun ke-70 Persahabatan Rakyat China-Serbia" yang diadakan pada tahun lalu turut memperkukuh persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.
Semasa lawatan Vucicke China kali ini, China dan Serbia mengeluarkan kenyataan bersama mengenai usaha bersama untuk melaksanakan empat inisiatif global.
Pihak Serbia memberi penilaian tinggi dan sokongan terhadap empat inisiatif global cadangan China, berpendapat bahawa inisiatif-inisiatif ini menyumbang kebijaksanaan dan kekuatan China dalam menyelesaikan isu pembangunan global, menghadapi cabaran keselamatan antarabangsa, mempromosikan pertukaran tamadun, serta menambah baik tadbir urus global.
- Peng Liyuan, Tamara Vucic Lawat Akademi Tarian Beijing
- Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Presiden Serbia
- Xi Berunding dengan Presiden Serbia Vucic di Beijing
- Presiden Serbia Dijadual Lawat China pada 24 Mei
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic
- Presiden Serbia Zahir Penghargaan kepada China, Bantu Siapkan Lebuh Raya Baharu
- Laluan Pengangkutan Udara Kargo Urumqi-Belgrade Beroperasi
- China Hormati Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Serbia
- FTA China-Serbia akan Dikuatkuasakan 1 Julai
- China, Serbia Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif




