Ancaman AS terhadap Greenland Gegarkan Eropah, Banyak Negara Pertimgbang Kukuh Sistem Pertahanan

(CRI)Selasa 13 Januari 2026

Beberapa negara Eropah seperti Britain dan Jerman sedang membincangkan pelan untuk menambah kehadiran tentera di Greenland, berikutan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengancam untuk mengambil alih pulau terbesar di dunia itu terus mengegarkan Eropah.

Pada masa sama, negara-negara Eropah juga mempertimbangkan untuk memperkukuh sistem pertahanan diri.

Pesuruhanjaya Eropah atas Pertahanan dan Angkasa, Andrius Kubilius pada Ahad menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU) perlu mengkaji kemungkinan untuk menubuhkan tentera bersama yang terdiri daripada kira-kira 100,000 anggota untuk menggantikan penempatan tentera AS di Eropah, supaya mengurangkan kebergantungan kepada jaminan keselamatan oleh AS.

Video

Berita Berkaitan