Aktiviti Anti-perang Diadakan di Pelbagai Tempat di Jerman

(CRI)Isnin 06 April 2026

Seramai beberapa ribu penduduk di pelbagai tempat di Jerman menyertai aktiviti tradisional “Perarakan Keamanan Hari Paskah” pada hujung minggu lalu, menyeru agar mengakhiri konflik yang berlaku di dunia pada masa ini dan menyelesaikan krisis secara diplomatik.

Radio Jerman melaporkan bahawa pada hujung minggu lalu, sebanyak lebih 70 buah aktiviti anti-perang telah diadalan di seluruh Jerman, termasuk yang menghimpunkan kira-kira 3,000 orang di Stuttgart, dan kira-kira 2,000 orang di Munich.

Menurut laporan itu, siri aktiviti tersebut terutamanya memfokus krisis Ukraine dan perang di Asia Barat. Para peserta menyeru kerajaan Jerman menyumbang kepada penyelesaian konflik secara diplomatik.

Video

Berita Berkaitan