Projek Fotovoltaik Terbesar di Asia Tenggara Dibina China Mula Beroperasi di Laos

(CRI)Rabu 08 April 2026

Satu projek fotovoltaik yang dibangunkan oleh syarikat China, yang juga merupakan projek seumpama terbesar di Asia Tenggara, secara rasmi memulakan operasi dan bersambung ke grid di Laos pada Selasa.

Projek yang dibangunkan oleh Kumpulan Tenaga Nuklear Umum China (CGN) tersebut merupakan sebahagian daripada pangkalan tenaga bersih di utara Laos.

Setelah fasa pertama projek itu beroperasi sepenuhnya, ia dijangka dapat menjana kira-kira 1.65 bilionkilowatt-jam tenaga elektrik setiap tahun, bersamaan pengurangan pembakaran arang batu sebanyak 500,000 tan serta pelepasan karbon dioksida sebanyak lebih 1.3 juta tan.

Video

Berita Berkaitan