- Lain-lain
Ledakan ‘China Travel’ Cerminan Kepada Hasil Pembukaan China
Pada tempoh cuti Tahun Baru Cina (TBC) baru-baru ini, populariti ‘China Travel’ telah mencapai aras baharu, dengan pelancong asing membanjiri destinasi ikonik di seluruh negara.
Daripada kekaguman terhadap pameran tanglung di Jambatan Jiuqu di Taman Yuyuan Shanghai kepada menikmati ambang pesta TBC luar bandar di Lishui, Provinsi Zhejiang nan memikat; daripada menyaksikan tarian singa dan naga nan penuh bertenaga di bandar purba Langzhong, Provinsi Sichuan kepada menghargai alam fantasi musim sejuk Harbin di Provinsi Heilongjiang, semangat perayaan musim TBC jelas memikat hati dan banyak mata.
Pelancong asing menyertai tarian Yangge di sebuah taman di Handan, Provinsi Hebei, utara China, 2 Februari 2025. (Foto oleh Nie Changqing)
Dengan dasar bebas visa dan pengecualian visa transit yang dioptimumkan, China memperlihatkan kenaikan dalam pelancongan masuk.
Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) melaporkan bahawa China menunjukkan perjalanan rentas sempadan sebanyak 958,000 oleh warga asing semasa TBC, iaitu kenaikan 22.9 peratus berbanding tahun terdahulu.
‘China Travel’ yang semakin mendapat perhatian telah mencerminkan peningkatan daya saing pelancongan China, pengaruh kebudayaan, dan tarikan antarabangsa, sekali gus menunjukkan imej yang dinamik dan terbuka kepada dunia.
Dalam banyak platform video pendek, topik ‘China Travel’ kini menampilkan lebih daripada 100,000 video dengan hampir 1 bilion penonton. Pelbagai komen pada video turut dilihat bahawa warga asing semakin kenal dan lebih dekat terhadap budaya China.
Kekaguman seorang warga Rusia jelas terpapar ketika melihat teknik tekstil Li tradisional semasa Minggu Kebudayaan Dunia Sulaman dan Broked Hainan ke-4 di Provinsi Hainan pada 8 November 2024. (Foto oleh Zhang Mao)
Pertumbuhan pesat pelancongan masuk adalah hasil langsung daripada komitmen China terhadap pembukaan peringkat tinggi. Dengan dasar pengecualian visa transit yang dinaik taraf, rangkaian perjanjian bebas visa yang berkembang, dan peningkatan penerbangan antarabangsa, pelawat asing dilihat sangat teruja untuk melancong ke China.
Di Shanghai, pintu ketibaan antarabangsa telah dibantu oleh pasukan perkhidmatan sukarelawan bahasa, manakala di Beijing dan beberapa bandar lain pula, pengembara asing boleh menikmati lawatan separuh hari percuma dan pengalaman kebudayaan yang diperibadikan.
Pada 2024, China mencatatkan sejumlah 64.88 juta warga asing yang masuk dan keluar asing, iaitu peningkatan 82.9 peratus tahun ke tahun. Komitmen China terhadap pembukaan peringkat tinggi menjadikannya sumber utama pelancong keluar dan destinasi pelancongan global utama. Keterbukaan dan keterangkuman ini mencerminkan keyakinan terhadap China dan penglibatan global yang semakin meningkat.
Perjalanan di China telah membolehkan pelawat asing untuk mendekati negara dan memahami negara itu secara langsung dan lebih mendalam, sekali gus memberikan imej segar ‘China yang indah’.
Kini, pelancong asing turut sama menerokai bandar-bandar utama ke permata tersembunyi yang kaya dengan tradisi tempatan - sama ada menghirup teh Qingzhuan di bandar purba Yangloudong, Provinsi Hubei, atau memerhati burung di kaunti Mingxi, Provinsi Fujian.
Sekumpulan warga asing bergambar dengan hasil seni masing-masing di sebuah pusat kebudayaan rakyat di daerah Laoshan, Qingdao, Provinsi Shandong, di timur China pada 28 September 2024. (Foto oleh Yang Xuemei)
Pasaran penggunaan dan pelancongan China yang penuh dengan potensi serta bertenaga memberi isyarat daya hidup ekonomi yang kuat kepada dunia.
Memetik data keluaran Pentadbiran Percukaian Kebangsaan, hasil jualan harian bagi industri berkaitan pengguna berbanding musim percutian TBC tahun lalu secara puratanya meningkat sebanyak 10.8 peratus, manakala hasil daripada perkhidmatan berkaitan pelancongan menaik sehingga 37.5 peratus dari tahun ke tahun.
Ledakan industri pelancongan China bukan sahaja menyuntik pertumbuhan ekonomi domestik, malah turut berperanan penting dalam mendorong ekonomi pelancongan global.
Anda Berminat dengan China? Jom Ikuti Penerangan Tentang ‘Green Card’ China!
Keindahan Musim: Permulaan Musim Bunga
Tahun Baru Cina di Beijing: Warga Asing Nimakti Salji, Hotpot & Kemeriahan Qianmen
Tiga “Mama” Zhejiang, Seorang Anak Uygur
Jubli Intan Hubungan Diplomatik China-Indonesia: Ke Arah Kerjasama Lebih Kukuh
- Pelancongan Ais dan Salji Musim Sejuk China Dijangka Capai 520 Juta Perjalanan
- Percutian Warga Korea Selatan, Jepun Berhujung Minggu di Shanghai Jadi Trend
- China Lancar 1,737 Kereta Api Pelancong Dari Januari hingga November 2024
- Pasaran Pelancongan Warga China ke Luar Negara Terus Bertumbuh Pada 2024
- Gabungan Kampung di Jinhua Bawa Durian Runtuh Dalam Industri Pelancongan
- Terusan Purba China Pacu Ledakan Ekonomi di Guangxi
- Hari Ketiga Cuti Hari Kebangsaan: Ketibaan Pengembara 280 Juta Orang Lebih
- Peningkatan Pelancong China Kondusif bagi Ekonomi Thailand
- Perbelanjaan Pelancongan Budaya Catat Lonjakan
- 200 Juta Individu Lakukan Perjalanan Rentas Wilayah