Pelancong Asing Terpikat dengan "China Travel with Chinese Films"

(CRI)Isnin 03 Mac 2025

"Jom, melancong ke China" sudah menjadi viral seiring dengan penayangan sejumlah filem China dalam senario global.

Terdapat semakin ramai pelancong asing yang terpikat dengan cita rasa China sejak pelaksanaan kempen "China Travel with Chinese Films" anjuran bersama Jabatan Pentadbiran Filem China dan Kumpulan Media China (CMG).

Sebuah kapal persiaran yang membawa kira-kira 500 pelancong asing berlabuh di dermaga utama untuk kapal persiaran di Pelabuhan Qingdao pada Sabtu. Ini merupakan rombongan pelancong Eropah ke China yang terbesar pada tahun ini.

Ramai pelancong asing menunjukkan minat besar terhadap kempen "China Travel with Chinese Films" yang menyediakan banyak pakej pelancongan bertemakan filem yang bukan sahaja boleh membantu para pelancong asing menghayati cerita menarik dan konotasi budaya filem, tetapi juga menikmati pemandangan semula jadi dan mendapat pendedahan tentang adat resam di negara ini.

Seorang krew kapal persiaran, Kelly Hemsley berkata, si pelancong boleh membuka horizon di suatu tempat yang dilawatinya setelah menonton filem berkenaan.

“Anda akan merasa kagum dengan keindahan suatu tempat dengan menonton filem terbabit dan ingin pergi ke situ untuk melihatnya dengan mata sendiri,” katanya.

Di provinsi Shaanxi, pelancong dan pelajar dari banyak negara kelihatan asyik menghayati budaya tradisional China di sejumlah destinasi pelancongan seperti Istana Huaqing.

Di provinsi Sichuan, pelancong dari Amerika Syarikat, Rusia, Sepanyol pula berpeluang menghayati budaya tempatan melalui menonton filem dan lawatan di tapak-tapak bersejarah.

CMG dan jabatan kereta api juga bekerjasama mengendalikan perkhidmatan gerabak yang bertema "China Travel with Chinese Films" untuk sejumlah laluan kereta api penumpang, yang dilaporkan mendapat sambutan baik dari pelancong asing yang berminat menjelajah China dengan menoton filem sambil merasai "kelajuan China" (duduk dalam HSR -- kereta api berkelajuan tinggi).

Seorang pelancong dari Itali, Airos menyifatkan gerabak seumpama itu sangat istimewa.

“Kita tahu bahawa topik mengenai Ne Zha sangat popular pada masa ini, dan semua orang menyukai filem animasi tersebut. Ini juga cara terbaik untuk melancong sambil mengalami kelajuan HSR buatan China. Bagus.” katanya.

Pada beberapa hari kebelakangan ini, CMG meneruskan pelaksanaan kempen "China Travel with Chinese Films" yang bermodelkan "filem + pelancongan"di Amerika Utara, Amerika Latin, Eropah, Afrika dan Timur Tengah untuk memukau lebih ramai warga asing melancong ke negara Tembok Besar.

Video

Berita Berkaitan