Tumbuhan Liar Musim Bunga Tawar Rasa Yunnan
 |
Foto kombinasi ini menunjukkan tumbuhan musim bunga liar dan boleh dimakan di Provinsi Yunnan, barat daya China. |
Tatkala tiupan angin musim bunga menghembus tanah, kehijauan jelas terpapar di pergunungan dan padang, sekali gus menandakan tibanya musim "jamuan musim bunga" tahunan di Provinsi Yunnan, barat daya China.
Rasa musim bunga yang paling dapat dirasai boleh ditemui pada pucuk kacang pea.
Pucuk kacang pea, bahan yang agak asing bagi penduduk di utara China adalah sangat sinonim dengan penduduk di Yunnan.
Ia adalah bahagian paling segar dari batang dan daun tumbuhan kacang, kaya dengan nutrien seperti vitamin C dan karotena, serta sesuai dimakan sama ada dicelur atau digoreng.
Pada 2024, pucuk kacang pea dari kaunti Guangnan, Kawasan Autonomi Miao dan Wenshan Zhuang telah dieksport ke luar negara, dengan harga sekitar RMB120 (kira-kira AS$16.47) sekilogram.
Pucuk Crateva unilocularis, atau Pagong cai dalam bahasa tradisional kumpulan etnik Dai, adalah keistimewaan Yunnan. Pucuk yang dituai mempunyai rasa yang sedikit pahit, menyerupai daun teh. Penduduk etnik Dai di Yunnan biasanya membasuh dan mengeringkan pucuk sebelum menyimpannya di dalam balang dengan sup nasi.
Selepas ditapai selama satu hingga dua minggu, kepahitan berubah menjadi rasa yang kaya. Makanan istimewa ini bukan sahaja menyelerakan dan menyegarkan, tetapi juga digandingkan dengan bahan lain dalam hidangan seperti salad sejuk, masakan bertumis dan sup.
Di bandar Mangshi, mahogani Cina yang turut dikenali sebagai ‘tumbuhan bawang dan daging’ berkutan rasanya yang kuat. Kini, ia sedang memasuki musim membesar, menawarkan rasa ibarat musim bunga pada awal musim sejuk, selain turut meningkatkan pendapatan penduduk tempatan.
Hidangan seperti sup daging lembu pucuk mahoni Cina menggabungkan rasa baharu dan tempatan, memperkayakan kehidupan masyarakat setempat.
Pucuk pain pasir, makanan istimewa dari gunung, dinanti-nantikan oleh penduduk tempatan Yunnan. Dipetik apabila pain pasir bercambah, pucuk hijau lembut tersebut menawarkan rasa yang unik. Pucuk pain pasir boleh dinikmati dengan hidangan sejuk atau bertumis.
Terdapat banyak keistimewaan musim bunga lain untuk dicuba, seperti pucuk labu Yunnan, pucuk goji, pucuk tisel pahit dan banyak lagi.
Pucuk musim bunga yang lembut ini bukan sekadar menggambarkan kegembiraan bermusim, tetapi mencerminkan kecintaan penduduk Yunnan terhadap musim bunga, dan cara mereka menghargai kehidupan yang penuh ria.
 |
Foto menunjukkan pucuk kacang pea di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan pusat gabungan media kaunti Guangnan) |
 |
Foto pucuk kacang pea yang terdapat di Provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto ihsan pusat gabungan media daerah Guangnan) |
 |
Foto menunjukkan sup pucuk kacang pea. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Kaunti Yongde Parti Komunis China) |
 |
Foto menunjukkan pucuk Crateva unilocularis. (Foto ihsan pusat gabungan media kaunti Longchuan) |
 |
Foto menunjukkan pucuk Crateva unilocularis. (Foto ihsan pusat gabungan media bandar Tengchong) |
 |
Foto pucuk Crateva unilocularis yang dijeruk. (Foto ihsan pusat gabungan media bandar Tengchong) |
 |
Foto hidangan berasaskan pucuk Crateva unilocularis. (Foto ihsan pusat gabungan media kaunti Longchuan) |
 |
Foto hidangan berasaskan pucuk Crateva unilocularis. (Foto ihsan pusat gabungan media bandar Tengchong) |
 |
Foto pucuk mahogani Cina. (Foto ihsan kerajaan tempatan perbandaran Xuangang, bandar Mangshi, Kawasan Autonomi Dehong Dai dan Jingpo) |
 |
Orang ramai sedang memiliih pucuk mahogani Cina. (Foto ihsan kerajaan tempatan perbandaran Xuangang, bandar Mangshi, Kawasan Autonomi Dehong Dai dan Jingpo) |
 |
Foto hidangan berasaskan pucuk mahogani Cina. (Foto ihsan kerajaan tempatan perbandaran Xuangang, bandar Mangshi, Kawasan Autonomi Dehong Dai dan Jingpo) |
 |
Foto sudut udara pemandangan ladang mahogani Cina. (Foto ihsan kerajaan tempatan perbandaran Xuangang, bandar Mangshi, Kawasan Autonomi Dehong Dai dan Jingpo) |
 |
Foto pucuk pain pasir. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Heqing) |
 |
Foto hidangan yang berasaskan pucuk pain pasir. (Foto ihsan pusat media gabungan kaunti Heqing) |