- Lain-lain
AS dan Ukraine Capai Kata Sepakat Berhubung Gencatan Senjata
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatnya dari Ukraine Volodymyr Zelenskyy menerusi panggilan telefon pada pagi Rabu mencapai persepakatan mengenai Rusia dan Ukraine menghentikan serangan terhadap kemudahan sumber tenaga dan melaksanakan “sebahagian gencatan senjata”.
Rumah Putih menerusi kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Setiausaha Negara Marco Rubio dan Penasihat Keselamatan Negara Michael Waltz pada Rabu menyatakan semasa sesi panggilan telefon tersebut, Trump telah memberikan taklimat komprehensif kepada Zelenskyy berhubung perbualannya dengan Putin pada 18 Mac dan isu-isu utama yang dibincangkan.
Selain itu, dinyatakan juga bahawa pasukan teknikal AS dan Ukraine akan mengadakan pertemuan di Arab Saudi dalam beberapa hari lagi untuk membincangkan peluasan gencatan senjata ke Laut Hitam serta mewujudkan gencatan senjata komprehensif.
Trump dan Zelenskyy juga bersetuju gencatan senjata yang menyasarkan kemudahan sumber tenaga dan memperluas lingkungan gencatan senjata ke Laut Hitam boleh menjadi langkah pertama untuk menyelesaikan konflik secara komprehensif dan menjamin keselamatan Ukraine.
Menurut kenyataan itu lagi, Zelenskyy turut menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata komprehensif ketika sesi panggilan telefon tersebut.
- Putin Sokong Cadangan Gencatan Senjata Ukraine
- AS, Ukraine Sepakat Kuatkuasakan Gencatan Senjata Sementara
- Setiausaha Negara AS Bakal Bertemu Delegasi Ukraine di Arab Saudi
- PM Hungary Selar Keputusan Pemimpin Eropah Berhubung Ukraine
- UK, Ukraine Capai Perjanjian Pinjaman £2.26 Bilion
- AS-Ukraine Perlu Capai Perjanjian Mineral Sebelum Betuk Pasukan Pengaman - Trump
- Perjanjian Rangka Ekonomi AS-Ukraine telah Disiapkan
- UNSC Lulus Resolusi Tamatkan Konflik Rusia-Ukraine
- Pemimpin Negara-negara Eropah Bincang Isu Ukraine
- China Sanjung Tinggi Semua Usaha untuk Kedamaian Ukraine