Li Shulei Terima Kunjungan Rombongan Parti Perlembagaan dan Demokratik Jepun

(CRI)Jumaat 21 Mac 2025

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC Li Shulei menerima kunjungan delegasi Parti Perlembagaan Demokratik Jepun di Beijing, pada Khamis.

Li berkata China dan Jepun harus melaksanakan konsensus yang dicapai Presiden Xi Jinping dengan Perdana Menteri Ishiba Shigeru di Lima, mengekalkan hidup bersama secara damai, persahabatan yang berterusan, kerjasama yang saling menguntungkan dan pembangunan bersama.

Selain itu, kedua-dua pihak perlu membina fahaman yang positif, meningkatkan pertukaran kemanusiaan agar mendorong perkongsian strategik yang saling menguntungkan.

Penasihat Tetap dan bekas Ketua Setiausaha Parti Perlembagaan Demokratik Jepun, Katsuya Okada berkata pihaknya menggalas tanggungjawab untuk membaiki dan mengembangkan hubungan antara Jepun dengan China.

Sehubungan itu pihaknya bersedia mendorong pertukaran dan kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang politik, belia dan kalangan rakyat.

Video

Berita Berkaitan