- Lain-lain
Naib PM China Bertemu Anggota Lembaga Pengarah BFA
Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang mengadakan pertemuan dengan anggota Lembaga Pengarah Forum Asia Boao (BFA) dan wakil ahli korporat lembaga itu di Hainan pada Khamis.
Ding berkata kerajaan China komited terus menyokong pembangunan BFA dan berharap forum berkenaan dapat memperluas pengaruhnya di peringkat global serta menyuntik lebih banyak tenaga positif untuk kestabilan dan kemakmuran serantau bahkan dunia.
Pengerusi BFA Ban Ki-moon dan hadirin lain menyanjung tinggi visi komuniti berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden Xi Jinping, di samping menzahirkan komitmen untuk memberikan sumbangan lebih besar kepada pembangunan Asia dan dunia.
Ketika bertemu wakil usahawan dari dalam dan luar negara pada hari yang sama, Ding berkata syarat dukungan dan trend asas bagi perkembangan ekonomi China ke arah lebih baik dalam jangka panjang tidak berubah.
China akan terus menambah baik iklim perniagaan dan mengalu-alukan syarikat asing melabur dan menjalankan perniagaan di negara Tembok Besar.
- Duta Besar NZ ke China Tekankan Peranan Global Asia
- Cadangan China untuk Cipta Masa Depan Asia Lebih Indah
- BFA: Mantan PM Finland Puji Sasaran Pertumbuhan China
- Naib PM Bertemu Pemimpin Asing Sempena BFA
- Asia Penggerak dan Pestabil bagi Pertumbuhan Ekonomi Global
- BFA Semakin Berpengaruh
- Sidang Tahunan BFA Bermula
- Pusat Media BFA Dirasmikan
- Ding Xuexiang Dijadual Hadiri Sidang Tahunan BFA
- Sidang Tahunan Forum Boao akan Diadakan pada Mac