- Lain-lain
China, Malaysia Sasar 'Lima Dekad Keemasan' Baharu (4)
Presiden China Xi Jinping menerima sambutan rasmi di Istana Negara Malaysia pada pagi Rabu, sempena lawatan rasmi selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Istiadat sambutan dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara disusuli tembakan meriam kehormat sebanyak 21 das.
Xi kemudian memeriksa perbarisan Kawalan Kehormatan Utama, sebelum bersama-sama Sultan Ibrahim melangkah masuk ke Istana Negara untuk mengadakan pertemuan.
Dalam pertemuan itu, Xi berkata China bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk membina komuniti berkongsi nasib strategik bertaraf tinggi ke arah menyingkap 'lima dekad keemasan' baharu dalam hubungan bilateral.
Selain terus memperkukuh kesalingpercayaan politik, kedua-dua pihak hendaklah memperdalam penyelarasan strategi pembangunan serta mempergiat usaha memupuk kerjasama dalam industri berorientasikan masa depan seperti kecerdasan buatan, ekonomi digital dan ekonomi hijau.
China mengalu-alukan lebih banyak produk pertanian berkualiti dari Malaysia memasuki pasaran China, dan menggalakkan syarikat domestik membuat pelaburan di Malaysia.
Beliau menyuarakan kesediaan bersama Malaysia untuk merancakkan Dialog Konfusianisme-Islam sambil memperbanyak kerjasama melibatkan budaya, pelancongan dan pendidikan, sebagai usaha meningkatkan persefahaman sesama rakyat.
Sementara itu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Malaysia amat mementingkan hubungan dengan China.
Walau apa jua perubahan yang berlaku dalam situasi antarabangsa, Malaysia akan terus bergandingan dengan China untuk bergerak maju ke arah mewujudkan komuniti berkongsi nasib strategik bertaraf tinggi antara kedua-dua negara.
Selepas pertemuan, Xi turut diraikan pada majlis jamuan negara di Dewan Santapan Utama.
- Pelabur China Dorong Pertumbuhan di Malaysia
- Sorotan Hasil Kerjasama Praktikal China-Malaysia
- Xi Terima Sambutan Rasmi di Istana Negara Malaysia
- China, Malaysia Diharap Terus Perkukuh Kerjasama
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul
- ECRL, Teladan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia
- Presiden Xi Jinping Tiba di Kuala Lumpur, Disambut Hangat
- Xi Tiba di Malaysia untuk Lawatan Rasmi
- Presiden Xi Tiba di Kuala Lumpur
- Menara Exchange 106, Mercu Tanda Kerjasama BRI China-Malaysia