- Lain-lain
Petunjuk Utama Tekankan Daya Tahan Ekonomi China
Jurutera China Railway Engineering Equipment Group sedang menentukur sebuah mesin gerudi terowong berdiameter ultra besar di Zhengzhou, Provinsi Henan, sebelum ia dieksport ke Australia. (People’s Daily Online/Qiu Xinsheng)
Satu siri petunjuk ekonomi utama untuk bulan Mac telah dikeluarkan pada baru-baru ini, yang mendedahkan tentang tanda-tanda positif terhadap momentum dalam ekonomi China.
Indeks pengurus pembeli (PMI) untuk sektor pembuatan berada pada paras 50.5 peratus, iaitu meningkat 0.3 peratus berbanding bulan terdahulu, dan kekal berkembang untuk dua bulan berturut-turut.
Indeks prestasi logistik telah mencapai 51.5 peratus, iaitu menaik 2.2 mata peratusan, sekali gus menandakan pemulihan telah dipercepat dalam segenap rantai bekalan dan pertumbuhan stabil dalam permintaan perindustrian.
Pada masa sama, indeks logistik e-dagang melantun semula secara signifikan, iaitu sebanyak 110 mata, yang turut memberi petunjuk bahawa terdapat aktiviti dan daya hidup yang lebih besar dalam sektor e-dagang.
Petunjuk utama sentiasa menjadi barometer untuk prestasi makroekonomi, dan pengembangan yang konsisten pada Mac secara tidak langsung mencerminkan pelbagai trend positif dalam ekonomi China.
Sejak awal tahun ini, ekonomi China telah mengekalkan pertumbuhan yang stabil dengan momentum inovasi yang lebih kuat dan pendorong pertumbuhan baru muncul, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan stabil di sepanjang tahun.
Lengan robotik bekerja di sebuah bengkel pintar di sebuah pengeluar perabot di Ganzhou, Provinsi Jiangxi di timur China. (People’s Daily Online/Zhu Haipeng)
Daya tahan ekonomi China juga terbukti dalam sub-indeks PMI. Indeks pesanan baharu dalam sektor pembuatan meningkat kepada 51.8 peratus pada Mac, iaitu kekal melebihi 51 peratus untuk dua bulan berturut-turut. Permintaan yang lebih kukuh juga telah meningkatkan aktiviti pengeluaran, dengan indeks pengeluaran mencapai 52.6 peratus, iaitu turut melebihi 52 peratus untuk dua bulan berturut-turut.
Pemulihan serentak dalam kedua-dua bekalan dan permintaan bukan sahaja meningkatkan keyakinan pasaran, tetapi juga menstabilkan jangkaan perniagaan. Pada Mac, indeks jangkaan aktiviti perniagaan dalam pembuatan mencapai 53.8 peratus, mengekalkan paras yang agak tinggi untuk enam bulan berturut-turut.
Indeks pesanan eksport baharu dalam sektor pembuatan juga meningkat untuk bulan kedua berturut-turut, mencerminkan daya tahan dan daya hidup perdagangan luar China walaupun tatkala amalan unilateralisme dan fahaman perlindungan sedang berleluasa.
Pada suku pertama, lapangan terbang Shenzhen mengendalikan 240,000 tan kargo perdagangan asing, meningkat 22.6 peratus tahun ke tahun, manakala Pelabuhan Yantai di Provinsi Shandong di timur China pula menghantar 4.566 juta tan kargo am melalui perkhidmatan kapal, iaitu peningkatan 84.7 peratus; sementara kastam di Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu di Provinsi Sichuan barat daya China memproses 62,000 tan kargo masuk dan keluar, meningkat 26.7 peratus.
Pertumbuhan dalam petunjuk ekonomi utama sejak dua bulan lalu menunjukkan daya inovasi China.
Pengeluar kenderaan tenaga baharu China BYD baru-baru ini melancarkan bateri dan sistem pengecasan baharu yang digelar Super e-Platform dengan kemampuan untuk mengecas pada kelajuan puncak 1,000kW, serta memenuhi bateri untuk jarak sekitar 400 kilometer dalam masa lima minit sahaja.
Di Guangzhou, Provinsi Guangdong, skrin paparan kertas elektronik pertama di dunia berukuran 30 inci dan ke atas telah dilancarkan, yang menyaksikan kemasukan era baharu perubahan kertas elektronik berwarna saiz besar daripada statik kepada dinamik.
Sementara itu, kemunculan pertama ‘Tongze’, mesin pengorek terowong dengan ukuran berdiameter ultra-besar, menandakan satu lagi kejayaan dalam peralatan kejuruteraan bawah tanah China yang berkualiti tinggi.
Kemajuan tersebut memperlihatkan pertumbuhan tenaga kerja produktif berkualiti baharu yang mendorong kepada transformasi ekonomi. Pada Mac, indeks pesanan baharu untuk sektor pembuatan peralatan telah memperbaharui rekod bertaraf tinggi sejak April 2023.
Kereta tenaga baharu yang dikeluarkan China sedang menunggu giliran untuk dieksport di Shanghai pada 13 April 2025. (People’s Daily Online/Long Wei)
Pakar industri turut berpendapat bahawa kapasiti inovasi dan pertumbuhan stabil China telah menyuntik momentum segar dan keyakinan kepada kedua-dua ekonomi global dan serantau, secara tidak langsung menjadikan negara itu sebagai enjin utama buat pertumbuhan dunia.
Tindakan dasar turut membuahkan hasil yang boleh dinilai. Sebagai contoh, China telah memperkenalkan bon perbendaharaan istimewa jangka ultra-panjang bernilai RMB300 bilion (AS$41.4 bilion) untuk menyokong pengembangan program tukar beli barangan pengguna pada 2025; merancang untuk menambah sejumlah RMB520 bilion untuk memacu pemilikan di bank komersial milik negara yang utama bagi menambah baik kapasitinya dalam ekonomi sebenar; melancarkan dasar baharu untuk menstabilkan pelaburan dan perdagangan asing, selain meningkatkan pembukaan bertaraf tinggi.
Dalam sektor pengguna pula, inisiatif seperti program tukar beli dan pakej rangsangan telah membawa kepada permintaan dan senario pengguna yang pelbagai.
Model perniagaan baharu seperti runcit segera dan penstriman e-dagang turut meledak. Penghantaran segera telah beralih daripada pilihan ‘kecemasan’ kepada kegunaan harian, yang sekali gus menyumbang kepada lonjakan volum pesanan dan peningkatan jelas dalam indeks logistik e-dagang.
- Ekonomi China Mengekalkan Momentum Pemulihan Kuat pada S1 2025
- China Kekal Menarik Bagi Pelabur Amerika
- Kerajaan Tempatan di China Bentang Projek Utama, Pupuk Pendorong Pertumbuhan Baharu
- Ekonomi China Catat Permulaan Mantap
- Ekonomi China Tunjuk Trend Positif
- Memacu Pembangunan GLC dan Syarikat Swasta - Xi
- Daya Tahan Ekonomi China: Mendepani Cabaran, Maju Penuh Yakin
- Ekonomi 'Three New' China Berkembang Pesat
- China Rekod Pelancong Domestik Lebih 5.6 Bilion pada 2024
- Provinsi di China Sasar Rancakkan Ekonomi, Penggunaan Menerusi Ekonomi Baru Muncul