- Lain-lain
Zhang Youxia, Dong Jun Terima Kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia di Beijing
Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat Parti Komunis China (PKC), Zhang Youxia semalam menerima kunjungan Menteri Pertahanan Indonesia, Sjafrie Sjamsoeddin di Beijing.
Pada hari sama, Menteri Pertahanan China, Dong Jun turut menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Indonesia tersebut.
Dalam sesi pertemuan itu, Zhang menunjukkan bahawa pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Indonesia berkembang stabil di bawah pimpinan strategik pemimpin kedua-kedua negara sehingga menjadi contoh kerjasama Selatan-Selatan dan kerjasama yang saling menguntungkan.
Beliau berkata China bersedia bersama-sama dengan Indonesia untuk menerokai potensi dan merangsang motivasi kerjasama, mendorong penaiktarafan dan peningkatan kualiti kerjasama tentera kedua-dua negara demi keamanan dan kestabilan serantau.
Sementara itu Sjafrie pula berkata, Indonesia bersedia berusaha bersama-sama China untuk melaksanakan kata sepakat penting dicapai pemimpin kedua-dua negara, selain terus memupuk rasa saling percaya dalam bidang strategi dan menjadikan kerjasama tentera kedua-dua negara lebih substantif.
Dalam pada itu, ketika sesi pertemuan Dong Jun dan Sjafrie, Menteri Pertahanan China itu berkata hubungan tentera kedua-dua negara berkembang baik dan kini memanfaatkan peluang baharu.
Dong berkata kedua-dua pihak perlu mengambil kesempatan ini untuk mendorong penaiktarafan kerjasama, mewujudkan program ikonik dalam kerjasama masa depan bagi pembangunan bersama kedua-dua negara dan serantau.
Manakala Sjafrie pula berkata, Indonesia bersedia meningkatkan kerjasama bilateral dan multilateral dengan China, selain terus merapatkan hubungan tentera kedua-dua negara dan melakukan kerjasama yang berspesifikasi tinggi dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
- China, Indonesia Adakan Mesyuarat Pertama Mekanisme Dialog Menteri Luar dan Menteri Pertahanan
- Naib Presiden China Terima Kunjungan Menteri Luar Indonesia
- Majlis Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia Diadakan di Bejing
- China, Indonesia Anjur Mesyuarat Mekanisme Dialog '2+2' Isnin Depan
- Xi, Prabowo Bertukar Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik China-Indonesia
- Taman Industri Batang Dinaiktaraf ke Zon Ekonomi Khas
- Eksklusif: Duta Besar Indonesia Optimis Masa Depan Hubungan Bilateral Dengan China
- Kedutaan Indonesia Di Beijing Adakan Taklimat untuk Media China
- China, Indonesia Sinergi Naik Taraf Khidmat Bayaran QR Rentas Sempadan
- Delegasi PKC Lawat Indonesia