- Lain-lain
China Sedia Hadapi Perang Tarif, Namun Terbuka untuk Berunding
Pendirian China adalah jelas iaitu tidak mahu "berperang" tetapi bukan bermakna China takut untuk "berperang", dan jika mahu "berperang", China akan berlawan hingga ke akhirnya.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media semalam, sebagai respon kepada soalan mengenai tindakan Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan perang tarif baru-baru ini.
Kata Guo lagi, jika mahu berunding, pintu China sentiasa terbuka.
Menurut laporan, Presiden AS, Donald Trump memaklumkan kepada wartawan bahawa tarif 145% terhadap China memang sangat tinggi, dan akan turun dengan ketara selepas mencapai perjanjian, bagaimanapun tidak akan turun hingga sifar.
Menjawab kenyataan Trump tersebut, Guo berkata China sejak dahulu lagi telah menyatakan bahawa dalam perang tarif dan perang dagang, tiada siapa yang menang.
Proteksionisme tidak membawa kepada jalan keluar, manakala memutuskan hubungan dan memisahkan rantaian hanya akan mengasingkan diri sendiri.
"Jika AS benar-benar mahu menyelesaikan isu ini melalui rundingan dan dialog, mereka harus berhenti mengugut dan memeras ugut, serta berunding dengan China berdasarkan prinsip kesaksamaan, saling hormat dan untung-untung.
"Mahu mencapai perjanjian dengan China, tetapi terus melakukan tekanan maksimal kepada China pada masa serentak, bukanlah cara yang betul dan berkesan untuk berinteraksi dengan China", tegas Guo lagi.
- China Bantah Sebarang Urusan Jejaskan Kepentingan China: MOFCOM
- Tarif 245 Peratus Bongkar Lagi Amalan Buli AS
- Perhalusi Kerjasama Malaysia-China Tangani Dampak Perdagangan Global - Tengku Zafrul
- China Gesa AS Batalkan Tarif Timbal Balik
- China Naikkan Kadar Tarif ke atas Import AS kepada 125 Peratus
- Langkah Tarif Trump akan Akibat Setiap Isi Rumah Hilang AS$4,400
- Kementerian Luar China Balas Langkah Tarif AS
- China Ambil Tindakan Tegas terhadap 'Tarif Timbal Balik' AS
- EU Laksanakan Kadar Tarif 25%, Balas 'Tarif Timbal Balik' AS
- 'Tarif Timbal Balik' Adalah 'Preskripsi dan Ubat yang Salah'