- Lain-lain
Beijing Jadi Tuan Rumah Sukan Robot Manusia Pertama di Dunia
Agensi berita China Daily melaporkan bahawa Beijing akan menjadi tuan rumah bagi Sukan Robot Manusia Dunia 2025 yang akan berlangsung selama tiga hari mulai 15 Ogos, sekali gus membuka lembaran baharu terhadap pengintegrasian robotik ke dalam persekitaran dunia nyata.
Difahamkan, pertandingan tersebut yang juga sebahagian daripada Persidangan Robot Dunia 2025 itu akan diadakan di Stadium Kebangsaan dan gelanggang ‘Reben Ais’, serta akan menjadi acara sukan global pertama yang khusus didedikasikan untuk robot manusia.
Menurut pihak penganjur, sukan itu akan menampilkan 19 acara di dalam tiga kategori utama iaitu pertandingan olahraga, pameran pertunjukan dan cabaran berasaskan senario, dengan kesemuanya direka untuk menguji ketangkasan, penyelarasan dan kemahiran praktikal robot.
Bermodelkan sukan manusia tradisional, acara olahraga akan merangkumi pecut, lompat jauh, gimnastik dan perlawanan bola sepak kumpulan kecil. Acara pertunjukan juga akan menampilkan tarian robot berkumpulan dan perseorangan, sementara acara berasaskan senario pula akan mensimulasi tugas hospitaliti, perindustrian dan hospital seperti pengisihan ubat, pengurusan bahan dan perkhidmatan pekerja rencam.
Tiga acara sisipan tambahan yang menampilkan robot bukan manusia bermain bola jaring, ping pong dan badminton pula akan menambahkan lagi elemen hiburan dan interaktif ke dalam program tersebut.
Jiang Guangzhi, pengarah Biro Teknologi Maklumat dan Ekonomi Perbandaran Beijing berkata bahawa setiap robot peserta seharusnya kendiri tanpa sub unit atau penanda di tempat pertandingan.
Robot juga perlu dikuasakan sendiri tanpa perlu menggunakan sebarang sumber tenaga merbahaya, dan setiap pasukan yang menyertai perlu menyediakan sambungan internet masing-masing.
“Terdapat banyak cabaran untuk inovasi teknologi robot, penaiktarafan produk dan aplikasi,” ujar Jiang, sambil menyuarakan tentang peri penting untuk memperkuat kerjasama dan pertukaran global, serta memperbaik kolaborasi dan interaksi dalam kalangan penyelidik, industri dan pengguna akhir.
Pihak penganjur menyatakan bahawa objektif utama adalah untuk mempamerkan kemajuan terkini sambil mempromosi penggunaan yang lebih luas dalam kehidupan seharian, sekali gus mempupuk kemajuan teknologi di dalam bidang itu seperti kecerdasan buatan, kejuruteraan mekanikal dan reka bentuk sensor.
Untuk rekod, semalam juga merupakan hari kira detik menjelang 100 hari menjelang pembukaan acara sukan tersebut.
- Robot Manusia Sertai Larian Separa Maraton Pertama di Dunia di Beijing
- Robot, Manusia Berluma dalam Separuh Maraton di Beijing
- Robot Penyelamat, Pengalih Kecemasan Pertama Dunia Diperkenal, Operasi Pada Suhu -20 ke 55 Darjah Celsius
- Peranti ‘Robot Pembantu Berjalan’ Sasar Pasaran Warga Emas
- China Perkenal Robot Perlombongan Angkasa Lepas Pertama
- Anjing Robot Dikuasakan AI, Ambil Alih Tugas Pemeriksaan di Pangkalan Sayuran
- Robot Manusia Berjaya Lakukan Aksi ‘Front Flip’
- Robot Manusia China Ambil Alih Kerja Kilang, Rumah, Separa Maraton
- Robot Manusia ‘CASBOT 01’ Diperkenal Menerusi Penstriman Langsung di Beijing
- Pameran Teknologi Tinggi China ke-26 Buka Tirai