Perincikan Sistem Jaminan dan Perkhidmatan untuk OKU - Xi

(CRI)Jumaat 16 Mei 2025

Tahniah kepada individu dan institusi cemerlang dari kalangan orang kurang upaya (OKU) di peringkat kebangsaan serta individu dan institusi yang cemerlang dalam pelaksanaan program mesra OKU!

Demikian dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam Persidangan Pengiktirafan Sumbangan Individu dan Institusi OKU Kebangsaan ke-7 di Beijing pada Jumaat.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, dalam perjuangan baharu, China akan terus menyempurnakan sistem jaminan sosial serta sistem jagaan dan perkhidmatan untuk memastikan kepentingan golongan OKU yang sama rata terjamin.

Sementara itu, jawatankuasa PKC di pelbagai peringkat dan pihak berkuasa tempatan diharap menumpukan kepada urusan berkait golongan OKU, menambahbaik perkhidmatan awam, meningkatkan pembudayaan tentang memahami, menghotmai, menyantuni dan membantu golongan OKU.

Video

Berita Berkaitan